Minggu ke 36 Kehamilanku - Bayi terbelit tali pusat

Hari ni adalah jadual untuk follow up dengan pakar, Dr Asmah Yun.

Secara ringkasnya, ketika scan, Dr menjelaskan kedudukan bayi di dalam keadaan bersujud , kepala sudah di bawah tetapi belum masuk laluan.

Tapi yang tak sedap di dengar adalah leher bayi terbelit tali pusat.

Serius, saya sangat cuak mendengarnya.

Nasihat doktor agar banyakkan lagi minum air .

Pergerakan baby setakat ni masih lagi aktif macam biasa.

Selain berdoa , saya mula google tentang bayi terbelit tali pusat.

Ada sesiapa yang melalui pengalaman macam saya ni?


MInggu ke 35 Kehamilanku



Membulat......bersama anak dara di Tasik Titiwangsa.

Pejam celik tidur bangun , sedar-sedar dah pun masuk minggu ke 35.

Lagi 5 minggu untuk menghampiri tarikh jangkaan bersalin. 

Perut terasa agak kerap mengeras. *Suspens* 


Beg untuk ke hospital sudah tersedia.

Kekuatan mental untuk memandu ke pejabat menjadi agak berkurang sekarang. 

Lantas, mula la datang idea untuk memohon cuti lebih awal. 

Tetapi itu baru sekadar idea yang belum diterjemahkan dalam bentuk tindakan. 

Saya rasa badan begitu berat sekali seminggu dua ni. Letih dan lenguh-lenguh. 

Sungguh sukar untuk lena dan kerap terkebil-kebil dikala isi rumah yang lain sedang diulit mimpi. 


Kebelakangan ni kerap ke Taman Tasik Titiwangsa , jalan pusing-pusing taman untuk memudahkan bersalin nanti. Insyaallah.

Minggu ni tak ada check up - jadi tak ada apa-apa update mengenai kesihatan. 

Sabtu depan ada check up dengan pakar, nanti saya update perkembangannya.

p/s: kerap mimpi suasana di dalam labour room.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...