Makna Air Mata Ibu

*** INI ADALAH CATATAN PENGARANG MAJALAH MINGGUAN WANITA KELUARAN TERBARU , SAYA SUKAKAN CATATAN INI DAN SAYA BERKONGSI DENGAN KAWAN SEMUA****

Seorang anak tidak mengerti mengapa ibunya menangis. Baginya air mata seorang ibu boleh ditafsirkan bermacam-macam. Ibu menangis kerana gembira, ibu menangis kerana sedih. Pendek kata, tidak kira samada situasi itu gembira atau duka, ibu pasti menangis. Ini lah yang sering menjadi persoalan kepada anak, mengapa ibu menangis?

Namun bagi ibu pula, jawapannya mudah, ibu menangis sebab ibu seorang wanita. Jawapan yang mengundang tanda tanya, membuatkan anak makin tidak mengerti, walapun ibunya menjawab dengan senyuman malah memeluknya dengan erat sekali.

Soalan sama juga ditanya kepada ayah: mengapa ibu menangis? Jawapan ayah lebih memeningkan kepala anak "semua wanita menangis tanpa alasan"

Hanya itu jawapan yang dapat diberikan oleh ayahnya. Lama kemudian, si anak menjadi menjadi remja dan tetap tertanya-tanya, mengapa wanita menangis. 

Sesungguhnya Allah ada sebab mengapa wanita mudah sekali menangis. Saat Allah menciptakan wanita, Dia membuatnya menjadi sngat penting. Allah ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya. Walaupun bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yan sedang tidur.

Allah berikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat daripada rahimnya . Dan sering kali pula menerima cerca daripada anaknya sendiri.... Allah berikan ketabahan yang membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah di saat semua orang sedang berputus asa.

Wanita diberiikan Allah dengan kesbaran, untuk merawat keluarganya walau letih, sakit, lelah dan tnapa berkeluh kesah. Allah berkan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya, dalam situasi apa pun. Biarpun anak-anaknya kerap melukai perasaan dan hatinya.

Perasaan ni memberikan kehangatan kepadaa anak-anaknya yang ingin tidur. Sentuhan lembut ibu memberi keselesaan dan ketenangan. Allah juga berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa kegetiran dan menjadi pelindung baginya. Bukankah tuilang rusuk suami yang melindungi setiap hati dan jantung wanita?

Allah kurniakan kepadanya kebijaksaan untuk membolehkan wanita menilai tentang peranan kepada suaminya. Seringkali kebijaksaan itu menguji kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap saling melengkapi dan menyayangi.

Dan akhirnya, Allah berikannya ir mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar dapat digunakan bila-bila sahaja da inginkan.

Usah rasa bersalah jika perlu menangis. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya air mata.

TERIMA KASIH UNTUK PUAN NURI SUPIAN UNTUK CATATAN INI

p/s: saya tak malu untuk mengakui , saya menangis selepas membaca catatan ini.

Manfaat Avokado

Amat berkesan bagi mengatasi masalah kekurangan zat makanan dan menambah berat badan khususnya di kalangan kanak-kanak.
Ia mengandungi protein, zat besi kalsium, Vitamin A, Vitamin C, niasin, sodium dan potassium.
Amalan memakan avocado setiap hari boleh  menurunkan  paras kolestrol selain mengekalkan paras lipoprotein(sejenis kolestrol yang baik untuk menghindari seseorang daripada diserang sakit jantung)

Manfaat cuka epal (apple cider)

Cuka epal ialah sejenis cuka yang diperbuat daripada bahan yang diproses dengan fermnetasi. Gula di dalam jus buah epal dipisahkan oleh bacteria dan ragi yang berwarna kuning keemasan.

  1. membantu meningkatkan kadar metabolisme badan sehingga menyebabkan pembakaran lemak.
  2. membantu menurunkan kadar kolestrol dalam badan.
  3. membantu mengenyangkan sekiranya mengambil cuka epal sebelum makan.
  4. membantu memecahkan lemak dalam badan.
  5. membantu melawaskan usus besar dan menggalakkan pembuangan air.
  6. membantu mengurangkan masalah alahan yang disebabkan oleh kucing, alahan makanan lauk dan alahan pada habuk
  7. membantu menguatkan sistem daya tahan tubuh terhadap jangkitan seperti selsema
  8. membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.
  9. membantu melambatkan proses penuaan
  10. membantu menurunkan kadar gula dalam darah bagi pesakit kencing manis.

Susun Silangkata

Saya suka sangat menjawab teka silangkata..dulu masa kecik-kecik , arwah ayah saya sanggup langgan Utusan Malaysia setiap hari kerana saya suka membaca dan paling suka menjawab teka silangkata.

Sekarang ni minat saya tu turut dikongsi dengan anak dara saya, Nadhirah. Dia suka menyusun silangkata yang mudah-mudah.

Sebenarnya aktiviti ini merangsang minda untuk berfikir dan menjadikan kita lebih sabar..walaupun ada waktunya tak cukup sabar kalau cuba-cuba masih juga tak tepat jawapannya.

Abah mertua saya punya kesukaan yang sama, menjawab teka silangkata..pernah memenangi hadiah . Kalau soalan macam pening sikit, dia akan rujuk kepada Kamus Dewan sekiranya ada kekeliruan atau kemusykilan.

Selain itu, kita akan sentiasa terdorong untuk mencari maklumat-maklumat semasa  sebagai persediaan untuk menjawab teka silangkata…mungkin sesetengah orang macam tak ada apa je, tapi sebenarnya aktiviti tu amat bermanfaat sekali.Boleh dijadikan aktiviti keluarga dihujung minggu atau pun aktiviti ketika kita bersantai lepak-lepak depan TV.

DIET DAN SENAMAN UNTUK OBES

Bersambung lagi sembang bual bersama in house doctor.

Apakah senaman yang sesuai untuk saya yang obes ni?

  1. Berjalan kaki
  2. Berbasikal
  3. Berenang – paling bagus sebab tiada tekanan pada anggota badan.

Apakah berat yang sesuai dengan ketinggian saya?
48- 54 kg.


Apakah yang perlu saya makan setiap hari ?

Cadangan :
Sarapan -  cuba ambil oat dan susu
                  Sebiji pisang, epal hijau, betik ( selang seli setiap hari)

Makan tengahari -  Ikan , Ayam
                                 2 jenis sayuran
                                       Sup tanpa minyak ( sup ayam, sup sayur)

Makan malam – memadai segelas susu dan 2 keping biskut.

Cuba compare apa yang telah dimakan selama ni dengan menu di atas.

Hmmm …….

Rindu seorang ibu

Hari ni dah cukup 13 hari Nadhirah tinggal dengan nenek di kampung.
Rindu di dalam dada begitu meluap-luap, dengar je suara, hati terus terasa sayu…
rindu seorang ibu manakan sama rindu sang Kekasih.

Tak sabar menunggu untuk kembali bersama seperti sebelum ni..

p/s: tiada kek harijadi untuk Umar sebab si kakak tak ada.

Buncit Vs mengandung

Petang tadi punyalah berpusing-pusing mencari rumah sewa, habis satu dareah Selayang di jelajah, destinasi terakhir petang tadi adalah salah satu apartment di area Selayang, baru je siap, terletak nun jauh di atas bukit.

Punyalah tinggi bukit tu, Kancil saya tu macam semput benar je rasanya, mendaki dipertengahan bukit yang curam tu ada pondok pengawal, saya ni memanglah failed sikit kalau kena berhenti tempat berbukit, main jalan je walaupun Mak Guard tu lambai-lambai suruh berhenti, oklah sampai atas sikit dan ada tpt parking, saya berhentikan Kancil, 
Mak Guard tu cakap "kenapa jalan aja , kereta ni tak ada sticker, mana boleh main masuk je".
Saya menjawab " maaf la, susah nak berhenti kat sana tadi sebab bukit ni macam curam sangat lah, kami nak masuk cari rumah sewa"

Mak Guard tu jawab lagi " ooo cari rumah sewa, banyak ada sebab ini rumah baru je siap, U mengandung ke ni?  ( teragak-agak saya mengangguk kepala ) , elok-elok tau memandu kawasan berbukit ni time mengandung"

Saya hanya mampu mengucapkan terimakasih atas keperihatinan dia dan lepas tu bantai gelak pada diri sendiri

Kesimpulannya :

Buncit tak semestinya mengandung , okey!

Motif pertanyaan mak guard adalah untuk memberi motivasi agar saya memikirkan apa yang patut saya lakukan dengan kandungan lemak saya ni.

21 tahun pergi mu

Tanggal 24/11/1989 adalah tarikh keramat , tarikh pemergian arwah ayah saya.

Al-Fatihah untuk Arwah Yusof bin Kassim.

Sebening Keringat

Tajuk cerita untuk Slot Sesuci Aidiladha di TV3 yang baru saja berakhir sebentar tadi. Drama lakunan Norlia Ghani, Fezrul Khan , Nabila Huda dan beberapa nama lagi.

Jarang saya dapat meluangkan masa untuk menonton TV akhir-akhir ini kerana Umar menguasai Channel Astro Ceria dan Disney Channel sepanjang masa. Beberapa hari ini secara tak sengaja, abah dia terrrr perkenalkan dia dengan games di PC. Oleh kerana terlalu jarang mendapat peluang keemasan seperti ini, Astro Ceria dan Disney Channel tidak lagi menjadi keutamaan. Hampir setiap masa dia membodek abah dia untuk diberi peluang bermain games. Biasanya bodek dia akan berhasil kerana nak atau tidak, memang kita akan jadi rimas dengan pujukannya.

Sebelum kami pening untuk cari jalan untuk mengurangkan masa dia menonton cerita-cerita kartun sekarang ni kami terpaksa perah otak untuk menghalang dia bermain games pulak...adooii la memang pening.

Tadi sebelum lena, Umar sempat main games hampir 20 minit, selepas tu abah dia cakap PC dah panas nanti meletup..ok, jomlah kita turun bawah dulu, bila 'kompiter' dah sejuk,kita naik semula, tau? Ayat "Umar sayang abah" tak lekang dari bibir.

Malam ni selepas Umar lena, sempat lah mama pulak mengadap pc, baca entry kat blog kawan-kawan, buat entry ringkas untuk blog sendiri, update pesanan customer , itu pun sementara mata masih larat untuk celik.

KEDAI ONLINE KAK AYA

Promosi Bisnes :

KEDAI ONLINE KAK AYA ni dah wujud rasanya hampir 5-6 bulan lepas tapi hanya lewat kebelakangan ini saja mulai aktif menerima pesanan pelanggan.

KEDAI ONLINE KAK AYA ni menjual Set Bersalin NR, Bedung Bayi ,Barut Bayi, Bengkung Ibu dan Selimut Tampal.

Kepada yang mencari-cari barangan tersebut boleh lah ke KEDAI ONLINE KAK AYA.

Saya bercadang untuk menambahkan lagi produk jualan seperti Cloth Diaper tetapi mungkin mengambil sedikit masa kerana perlu mengumpul modal secukupnya.

Sekarang Jualan Penghabisan Stok sedang berlangsung sehingga 22/11/2010, dapatkan Bedung Bayi pada harga yang amat berbaloi!

PROMOSI BISNES - BENGKUNG, BARUT DAN SELIMUT TAMPAL

Oleh kerana ni adalah blog sendiri,bisnes sendiri, jadi saya nak promote lagi untuk sekian kalinya tentang Jualan Bengkung, Bedung, Barut ,Set Bersalin dan Selimut Tampal .



KLIK SINI UNTUK MELIHAT PROMOSI SELIMUT TAMPAL


Harga yang ditawarkan adalah amat rendah berbanding tempat lain namun kualiti amat saya pentingkan.

Bagi yang berminat boleh sms @call 017-3416762 atau emel rohayayusof73@gmail.com

PERLUKAN BANTUAN ANDA !


Boleh tak sesapa kat sini bagi sedikit tip, idea, sokongan anda semua kpd saya ni , mcm mana nak mulakan usaha kuruskan badan tanpa menemui kegagalan dlm erti kata lain terus mencuba dan berusaha hingga ke titis peluh terakhir he he....

tak mau lagi dah cuba ubat kurus, herba, atau apa2 ubat yang mempercepatkan proses penurunan berat badan tp nak cuba cara semulajadi...banyak rujukan tentang pemakanan dan senaman yang ada dalam simpan saya tp nak usaha secara istiqomah tu tak tau mcm mana ...asyik2 GIVE UP di pertengahan jalan je.

Please help meee....

Nak tengok gambar terbaru saya? Mmg dasatlah bentuk badan yang boleh dikatakan sebagai tidak berbentuk. Tengok separuh badan pun dah boleh agak mcm mana separuh lagi he he...



Berat saya naik mendadak semenjak awal tahun 2010...oh semakin runsing memikirkan hal semakin terbuka pulak selera makan ...

LAGI PETUA NENEK KEBAYAN

Petua hilangkan kesan tumpahan kopi pada baju
Tuangkan sedikit air yang mendidih pada kesan kotoran, sapukan campuran air dan serbuk penaik.Biarkan seketika, cuci seperti biasa

Petua- petua mengelakkan beras diserang hama
a – masukkan beberapa helai daun limau purut ke dalam simpanan beras
b – masukkan beberapa tangkai daun belimbing yang telah dibersihkan dan dikeringkan ke dalam simpanan beras
c – masikkan 3- 6 tangkai lada kering ke dalam simpanan beras.

Petua hilangkan bau hanyir ayam
Selepas ayam dipotong dan dibersihkan, perap ayam tersebut beberapa minit dengan garam, asam jawab dan sedikit tepung gandum.
Kemudian cuci hingga bersih. Masak seperti biasa.

Petua bekukan agar-agar dengan lebih pantas
Sejukkan loyang acuan di dalam peti sejuk ada bahagian beku. Apabila cukup sejuk, isikan agar-agar didalamnya dan biarkan beku seperti biasa.

Petua kilatkan cermin tingkap
Ambil kertas suratkhabar, celupkan ke dalam air dan gosoklah pada cermin sehingga kering.

Petua merahkan bibir yang kusam
Ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu dibibir pada waktu malam.

Petua untuk bersihkan warna yang telah luntur
Ambil beberapa helai daun betik dan rebus dengan air. Ketika air rebusan masih panas, masukkan pakaian tersebut dan rendam semalaman. Kemudian cuci seperti biasa, anda akan dapati kesan warna yang bertompok dan luntur akan hilang.

Petua cegah ulat pada pokok
Tumbuk bawang putih 3 atau 4 ulas dan campurkan air sabun sesudu besar.  Kemudian campur minyak masak sebanyak sesudu.
Semburkan campuran tersebut pada pada pokok.

PETUA PETUA PETUA NENEK KEBAYAN

 Petua hilangkan bau botol atau balang

Mula-mula cuci bersih botol tu dan keringkan. Masukkan arang yang telah dibersihkan dan tutup botol dengan rapat.
Biarkan selama 2 jam. Apabila bau dah betul-betul hilang, lapkan botol dengan kain kering yang bersih.

Petua maniskan buah tembikar
Rendamkan tembikai di dalam air garam selama lebih kurang 4 jam.
Lepas tu boleh lah dimakan seperti biasa. 

Petua tajam kan mata pengisar
Ambilkan segenggam garam dan masukkan dalam pengisar, kisar garam tersebut untuk beberapa minit.
Amalkan sebulan sekali.

Petua kembalikan seri cawan dan teko
Rendamkan ke dalam air suam yang dicampur garam dan limau nipis lebih kurang 20 minit.

Petua wangikan nasi yang berbau hangit
Ambil beberapa biji cili padi dan cucukkan hujungnya ke permukaan nasi dan tutup periuk. Biarkan seketika sehingga cili padi layu.

Petua putihkan gigi
Bakar beberapa helai daun kelapa kering, ambil abunya dan gosokkan pada gigi.Lakukan berulangkali dan gigi akan kelihatan putih berkilat.
Ada berani??

Petua kilatkan kuku
Ambil sedikit serpihan bata dan asah sehingga keluar habuk-habuknya.
Gosok habuk tersebut ke atas kuku sehingga kuku kelihatan berkilat.

Petua bersihkan ketiak
Sapukan kapur sirih rata-rata pada bahagian ketiak, biarkan kering. Hasilnya bulu ketiak akan lebih senang dicabut , selain itu kapur sirih dapat mematikan kelenjar yang merangsang pertumbuhan bulu ketiak .  

 Petua haluskan kulit wajah
Bancuhkan air asam jawan, sesudu tepung ubi dan air. Kacau hingga pekat. Pupurkan pada muka yang telah dibersihkan sebelum tu.
Biarkan hingga kering lebih kurang 15 -20 minit. Bilas dengan air bersih.

Petua cantikkan rambut
Ambil secekak kangkung, bersihkan. Masukkan ke dalam bekas bersama 6 sudu air suam, ramaskan kangkung hinggak mengeluarkan lendir. Sapukan lendir itu pada seluruh rambut dan biarkan seketika sebelum dibilas dengan air bersih. 

Petua-petua  elak urat timbul pada kaki bagi ibu mengandung
a – tinggikan kaki daripada kepala semasa tidur
b – rendam kaki ke dalam air suam selama 10 minit setiap pagi
c – mengurut urat-urat kaki dengan minyak perlahan-lahan setiap hari
d – gosokkan beberapa ulas bawang putih pada urat yang timbul



SELEPAS 2 MINGGU KE GYM

Dah lebih 2 minggu sebenarnya saya ke gym tp kalau mengikut bilangan hari ke gym baru aja 13 kali...

Selepas 13 kali ke gym:

Berat langsung tak turun pun...hu hu

Kegagalan utama adalah mengawal pemakanan...adooii tolonglah jangan give up wahai diri ku..

Mulai Isnin depan, saya bercadang akan mencuba mengikut tip-tip yang diberikan oleh kawan2 blogger.

Insyaallah..

Ni gambar terbaru saya.

Segar bugar kan ?

Menu Seminggu Untuk penurunan Berat Badan (1200 KCAL)

TIP UNTUK DIRI SENDIRI


Isnin
Sarapan
2 keping roti mil penuh
1 sudu marjerin tanpa lemak
1 gelas air kosong
1 potong betik

Makan Tengahari
1 cawan nasi
1 ekor ikan (kecil) masak singgang
Ulam
Sambal belacan
1 gelas air kosong

Minum petang
1 mangkuk tau fu fa

Makan malam
Mee sup ( 1 mangkuk kecil)
1 biji buah epal


Selasa
Sarapan
1 keping tosai
Kuah dal
1 gelas air kosong
I biji pisang emas

Makan tengahari
1 cawan nasi
1 ketul ayam masak kari ( guna santan tanpa lemak)
1 camawan sayur campur
1 gelas air sirap kurang manis

Minum petang
1 cawan jagung rebus

Makan Malam
Sandwich tuna
Jus oren


Rabu
Sarapan
1 mangkuk kecil mi sup
I gelas air kosong
½ biji jambu batu

Makan tengahari
1 cawan nasi
1 ketul ikan bakar+ air asam
Ulam
I gelas air limau nipis suam

Minum petang
1 ketul popia basah

Makan malam
1 keping roti nan
1 ketul ayam tandoori
Kuah dal
Jus tembikai

Khamis
Sarapan
2 keping roti mil penuh
2 sudu kecil tuna
2 potong timun.salad
1 gelas air kosong
1 biji oren

Makan tengahari
1 mangkuk mi sup (lebihkan sayur, krgkan mi)
1 gelas air suam
1 potong betik

Minum petang
1 ketul tauhu sumbat

Makan malam
1 potong pizza
1 mangkuk salad
Teh limau suam
1 potong nenas

Jumaat
Sarapan
1 gelas minuman bijirin oat (4 sudu)
1 gelas susu rendah lemak
6 biji anggur

Makan tengahari
1 cawan nasi ayam
1 ketul ayam panggang
1 cawan sayur campur
1 gelas air kosong

Minum petang
3 keping biskut krim kraker

Makan Malam
½ mangkuk mi tomyam
1 biji pear

Sabtu
Sarapan
1 mangkuk kecil bijirin
Susu rendah lemak
1 gelas air kosong
1 biji pisang emas

Makan tengahari
1 cawan mee goreng kantonis
(lebihkan sayur)
1 gelas air kosong

Minum petang
1 ketul pau kukus

Makan Malam
1 cawan nasi
1 ekor ikan bakar
½ cawan sup sayur
½ biji mangga

Ahad
Sarapan
1 mangkuk soto ayam
1 gelas air suam
1 biji epal

Makan tengahari
½ hidangan mee sizzling
1 biji telur
Sayur dan cendawan
1 gelas air sirap limau

Minum petang
1 ketul pulut panggang

Makan Malam
1 hidangan ayam panggang
-gantikan kentang goreng baked potato
Lebihkan sayur
½ biji jambu batu.


KREDIT UNTUK PUAN NORHASLINA OSMAN, PANTAI MEDICAL CENTRE

.Petua hilangkan bau botol atau balang

Mula-mula cuci bersih botol tu dan keringkan. Masukkan arang yang telah dibersihkan dan tutup botol dengan rapat.
Biarkan selama 2 jam. Apabila bau dah betul-betul hilang, lapkan botol dengan kain kering yang bersih.

Petua menyimpan udang tahan lebih lama

Mula-mula cuci udang hingga bersih, toskan .
Gaulkan udang dengan sedikit gula dan simpan di dalam bekas kedap udara.
Udang tersebut masih segar sekalipun tak disimpan dalam peti ais.

Petua agar telur terkupas dengan cantik

Ok caranya: Rebus telur dalam jumlah yang banyak, masukkan kulit kentang dan kulit bawang merah ke dalam air rebusan tadi. Rebus seperti biasa, bila dah masak cubalah kupas seperti biasa,pasti dapat rasa betapa mudahnya mengupas telur tu.

6 kesalahan semasa bersenam

1.melakukan latihan yang sama setiap kali bersenam
2.tidak melakukan regangan – regangan penting untuk merelaks kan otot, mencegah kecederaan dan memperbaiki postur badan.
3.Mengangkat beban dengan cara yang salah.
4. Senaman yang melampau
5. Tidak konsisten -  sekejap bersenam, sekejap malas bersenam dan akhirnya terus berhenti.
6.Tidak pedulikan kesakitan

Senaman di waktu pagi

Terbukti dapat membantu penurunan berat badan.
Ia membantu mengepam metabolisme tubuh dan mempertahankannya sehingga 24 jam membakar lebih banyak kalori.
Melakukan latihan kardivaskular pada waktu pagi dapat memecahkan lemak kerana pada waktu itu massa otot dan glikogen hati atau karbohidrat yang tersimpan sangat rendah.
Jadi tubuh bersedia untuk membakar lemak daripada karbohidrat.

Cara mudah untuk mengempiskan perut buncit .

 (TIP INI UNTUK DIRI SENDIRI HA HA)


  1. Minum banyak air – air adalah bebas kalori, mengenyangkan dan menjaga metabolisme agar tetap berjalan dengan baik.
  2. Banyak melakukan sit up – sekurang-kurangnya 3 set iaitu 8 kali setiap 1 set
  3. Berkebun – Haa jangan tak percaya, aktiviti ini dipercayai dapat membakar sekitar 350 kalori per jam
  4. Latihan gerakan pinggul -  Hula Hoop adalah yang disarankan untuk latihan ni..saya dah cuba tapi tak pandai nak goyang, ehhh ada tak sapa2 boleh ajarkan cara yang betul untuk goyang?
  5. Banyakkan makan buah dan sayur – 2 jenis makanan yang banyak mengandungi serat.

Tips untuk melambatkan proses penuaan.


  1. Lemparkan senyuman – ternyata senyuman dapat membantu mempertahankan bentuk wajah anda.
  2. Makan tablet minyak ikan – ambil sekali sehari. Minyak ikan sumber vitamin A,D dan asid lemak yang baik untuk kulit
  3. Minum teh hijau – Kajian membuktikan bahawa teh hijau sangat berpengaruh dalam melambatkan proses penuaan
  4. Guna krim pelembap – sentiasa menyapu kilit dengan krim pelembap ketika berada di dalam bilik yang berhawa dingin bagi mengelakkan kulit anda menjadi kering.
  5. Katakan TIDAK pada rokok – merokok setengah kotak setiap hari selama 2 tahun boleh mempercepatkan munculnya kedutan pada kulit, malah dua kali ganda cepatnya berbanding orang yang tidak merokok.

Petua mengelakkan urat timbul

Ambil segenggam kacang hijau dan rebus tanpa gula tetapi jangan sampai hancur.
Makanlah setiap pagi  dan petang.

Cara lain – Sebelum tidur, angkat la kaki ke atas setinggi mungkin. Duduk secara melunjur dengan badan bersandar pada dinding selama 10 minit.

Petua untuk bawang putih tahan lama

Leraikan bawang putih daripada labunya.
Simpan di dalam bekas plastik yang mempunyai lubang udara.

Itu je.

Petua cerahkan kulit

Parut hujung mentimun dan campurkan dengan tepung jagung. Kacau dan sapukan pada keseluruhan wajah.
Biarkan ianya kering dan cuci dengan air bersih.
Lakukan 3 kali seminggu.

p/s: kalau muka bertambah buruk, jangan saman sayaa…..

Petua Lembutkan daging goreng

Mula-mula gaulkan daging yang telah dibersihkan dengan sedikit gula.

Biarkan selama 5-10 minit.

Gaulkan dengan kunyit dan garam.

Boleh la digoreng.

Pasti sodap.

Petua hitamkan rambut

Gunakan air teh hijau pada bilasan rambut yang terakhir. Untuk mengelakkan rambut beruban, seeloknya campur bunga cengkih di dalam air teh hijau tadi dan guna pada bilasan yg terakhir. Selamat Mencuba! Tapi pada yang dah sedia beruban, tak jamin la dpt hitamkan semula rambut tu yee..

Petua merahkan bibir

Hmm nak merah bibir tanpa guna lipstick? Ada caranya…sapukan halia yg dah sudah dikisar pada seluruh bibir hingga halia kering dibibir.
Selepas tu boleh la bersihkan dengan air bersih. Cubalah amalkan selalu, jimat duit , tak perlu lipstick lagi, he he…

Petua hilangkan parut luka

Ambil sebiji ubi kentang yang telah direbus hingga masak, lumatkan hingga halus dan sapukan pada parut luka. Biarkan hingga kering. Amalkan selalu hingga parut hilang.

Petua licinkan kulit wajah

Ambil limau nipis dan dibelah empat, kemudian gosokkan pada muka hingga airnya kering ( muka akan terasa pedih sedikit), tunggu hingga lima minit kemudian cuci muka dengan air suam. Lakukan dalam 2 atau tiga kali sebulan.

Petua menurunkan tekanan darah tinggi

Ambil dua biji epal hijau, buangkan kulitnya dan hiris nipis-nipis. Rebus dengan menggunakan dua cawan air sehingga Empuk.
Biarkan sejuk dan tapis airnya. Minum sekali sehari dan amalkan selalu walaupun tekanan darah telah turun. Lama kelamaan, badan anda akan terasa sihat dan segar.

Gambar Hari Sukan Umar

Sebenarnya bukan gambar ketika acara itu berlangsung tp gambar acara bebas yang ditentukan oleh Umar sendiri...layan je gambar2 di bawah ni, orang lain sibuk nak kejar dapat hadiah, dia bersenang lenang kat Taman Permainan.




Cabaran Cabaran Cabaran

Semalam ketika kali melangkah masuk ke dalam lif yang penuh dgn staff ofis, ada seseorang bertanya/menyatakan kan pada saya:

"Rohaya, are you actually pregnant or GEMUK? I noticed that almost one year over , sure not pregnant.."

tak tau la dia tanya atau mmg dia nak bagitau saya gemuk....saya rasa perasaan orang gemuk lain pun sama dgn apa yang saya rasa ketika ditanyakan soalan begitu ketika org lain turut berada di tpt yang sempit itu.

Saya menjawab dengan tenang, saya sememangnya gemuk skrg, bukan pregnant...

Selepas melangkah keluar dr lif, hati agak terguris tp saya ckp pada diri sendiri, jadikan ini satu lagi cabaran.

Layan gambar saya yang selalu ditanyakan "awak mengandung eh?"


Memang betul kan sangkaan orang bila memandang keadaan saya ni kan? mcm betul2 tgh pregnant.

10 Makanan bantu turunkan kolestrol

Selain bersenam secara konsistent, makanan seimbang juga mampu mencegah dan menurunkan kadar kolestrol dalam darah.

Apa kata kita kenali apa kah makanan yang dapat membantu menurunkan kadar kolestrol.

1.Minyak Zaitun - mengandungi campuran antioksidan yang dapat menyingkirkan kolestrol tanpa mengganggu kadar kolestrol baik (HDL).

2. Teh - Epigallocatechin Gallate iaitu komponen bioaktif paling dominan dalma teh terbukti mampu mencegah kecepatan pengoksidaan kolestrol jahat (LDL). Minum teh setiap hari dalma jumlah yang berpatutan, risiko penyumbatan pembuluh darah yang menjadi penyebab penyakit jantung dapat dikurangkan.

3. Anggur - Selain serat, buah anggur juga mengandungi zat catechin yang sangat baik untuk menurunkan kadar kolestrol.

4. Bijirin Oat - mengandungi serat larut yang dapat menurunkan kolestrol jahat (LDL).
Oat juga dapat menurunkan penyerapan kolestrol dalam pencernaan anda.

5. Badam dan walnut - mengandungi banyak asid lemak poli tak tepu yang dapat memastikan pembuluh darah tetap sihat.
6. Tempe - mengandungi niacin dan isoflavon yang berfungsi untuk menurunkan kolestrol

7. Epal - kaya dengan serat dan zat antioksidan dan vitamin c, sebaiknya dimakan bersama kulit bagi mendapatkan pectin, serat latrut yang sangat berguna untuk menurunkan kadar kolestrol.

8. Avokado - mengandungi asdsid lemak tak tepu yang berfungsi menurunkan LDL.

9. Ikan - kaya dengan asid lemak tak tepu (omega 3). selain menurunkan kadar kolestrol, asid ini juga dpt mencegah terjadinya pengumpulan kepingan darah yang boleh menyebabkan penyumbatan pembuluh darah.

10. Blueberi - mengandungi pterostilbene yang berfungsi sbg ubat penurun kolestrol..

6 makanan perangsang metabolisme

Makan bukan sekadar untuk mengenyangkan perut tetapi makanan juga berfungsi untuk membekalkan tenaga.
Di sini ada 6 jenis makanan yang diseanraikan sebgai kumpulan makanan pembakar tenaga.

1. Jus dan kulit limau - mengandungi asid hydroxycitric. Bahan semulajadi yang boleh menyingkirkan lemak sehingga 12 jam selepas makan.

Oleh itu, mengambil air limau nipis bersama-sama makanan adalah saranan terbaik atau pun amlakna mengunyah sebiji oren sehari sebagai bahan pelawas.


2.Makanan berempah - rasa pedas yang terkandung di dalam lada putih mempunyai kesan peningkatan haba yang mempengaruhi metabolisme. 
Ia membina kepanasan semasa proses pencernaan, jadi tubuh boleh membakar kalori dengan lebih pantas.

3.Campuran minyak soya dan canola ( Enova) - Asid lemak yang terkandung di dalam Enova akan disambungkan terus ke hati yang mana ia membakar tenaga.

4.Produk Tenusu terutama yogurt - mampun membantu mengurangkan lemak yang sering terkumpul pada perut.

5. Minum soya shake - ia membantu menyingkirkan lemak yang degil di dalam tubuh.

6. Minum teh hijau - Teh hijau mengandungi agen penghapus lemak yang dipanggil epigalocatechin gallate yang meningkatkan metabolisme dan pembakaran kalori.

Petua kurangkan pahit peria

Hiris buah peria mengikut keperluan masakan anda, gaulkan peria itu dengan garam kasar, biarkan selama 5 minit.
Selepas tu cuci buah peria tu dengan air bersih hingga bersih. 

Masak seperti biasa.

Khasiat Tomato

Tomato adalah buah yang paling kaya dengan vitamin A,B,C dan zat galian. 
Tomato kaya dengan asid semulajadi dan merupakan makanan paling seseuai untuk menjaga kesihatan perut dan usus.

Buah Tomato
1.Boleh dimakan begitu saja, campurkan bersama salad.

2.Bagi orang2 yang obes macam saya ni, sesuai sangat la makan buah tomato ni.Pesakit kencing manis pun sesuai jugak kerana ia membantu mengurangkan kadar gula.

3.Boleh juga dicampurkan kedalam masakan seperti sup, kari dan asam pedas.

4.Buah tomato yang dihiris nipis boleh diletakkan diwajah sebagai sebahagian rawatan untuk menghaluskan kulit wajah dan mengubati jerawat.

Puri Tomato
Ia digunakan sebagai campuran dan perasa dalam makanan. Contohnya sos spaghetti dan pasta.

Sos Tomato
Ia digunakan sebagai perencah atau pelengkap hidangan
Jus Tomato
Minum jus tomato boleh jadi kekal muda, tau...kulit pun jadi lembut je..Jus tomato berfungsi sebagai julap dan membersihkan darah.

OBESITI

Oleh kerana saya ni tergolong dalam golongan obesiti, saya cari byk info mengenai obesiti...sblm ni seperti yang saya pernah tulis sblm ni, saya hanya berbdan berisi bukan obesiti spt skrg tp akibat salah sendiri, begini jadinya.

Apa itu Obesiti?
Orang yang mempunyai berat badan berlebihan yang melebihi dan mempunyai hubung kait dengan ketinggian.
Cara untuk mengetahui berat berat yang ideal dengan menggunakan Indeks Jism Tubuh (BMI)

Contoh diri saya:

Ketinggian 1.45 M
Berat 75 kg.

BMI= 75/1.45*1.45
BMI = 35.67

Jumlah BMI di antata 25 - 29.9 adalah di dalam kumpulan berat badan berlebihan. 
Jumlah BMI melebihi 30 adalam di dalam kumpulan obesiti.

Sebab-sebab Obesiti :
1.Cara hidup yang mengabaikan aktiviti fizikal .
2.tabiat pemakanan yang tidak mengamalkan pemakanan seimbang.
3.Psikologikal - emosi negatif, stress,tekanan , kesedihan atau kemarahan akan menyebabkan masalah yang berkaitan dengan cara pemakanan.
4.Genetik
5.Lain-lain faktor 

Kesan Obesiti kepada kesihatan
Obesiti meningkatkan risiko mendapat penyakit berbahaya seperti:
1. Penyakit jantung
2. Strok
3.Kencing manis
4. kanser ( kanser usus dan kanser payudara)
5. Penyakit pundi hempedu
6.Osteoartritis

Cara merawat obesiti

Bergantung kepada tahap obesiti dan keadan kesihatan seseorang itu.

Langkah2 yang disyorkan:
1. Dapatkan berat badan yang bersesuaian. Turunkan berat badan secara perlahan-lahan antara 0.5 kg - 1kg seminggu.

2. Lebih aktif. Bersenam sekurangnya 3 kali seminggu selama 1 jam. Senaman seperti berjalan kaki, berlari dan menaiki basikal antara yang disyorkan .

3. Makanan yang seimbang.

Rencana ini paling sesuai untuk saya sendiri sebenarnya.Insyaallah dengan sedikit kesedaran yang mulai tumbuh menjalar di dalam diri, saya akan berusaha untuk merawat masalah yang telah melanda diri saya ini, nyah kau lemak2 degillllll


Gambar terkini saya



Kebaikan menunggang kuda

Berkuda dengan teknik yang betul dan dilakukan secara teratur mebuat otot peha, perut, punggung, betis dan lebih kuat dan kencang. Malah kalori yang terbakar per jam juga cukup banyak.

Biar pun kuda yang ditunggang hanya menghentak-hentak perlahan, sebanyak 428 kalori akan hilang pada setiap jam. Sekiraya kuda bergerak pantas, sebanyak 526 kalori akan hilang pada setiap jam.

Hmm  nampaknya saya perlu belajar menunggang kuda la , kan? cepat sikit kurus.

Petua bersihkan perabut kayu

Ramai yang menggemari perabut kayu tapi tak ramai yang tau untuk membersihkan perabut akan kelihatan berkilat dan bersinar seperti baru.

Cuba , tuangkan sedikit minyak bayi pada seheali kain yang kering dan lembut, gosokkan ke seluruh bahagian perabut kayu anda. Lakukan pada setiap minggu, anda akan berpuas hati dengan hasilnya.

Petua segarkan taugeh

Jika ingin menyimpan lebihan taugeh yang tidak habia digunakan, masukkan taugeh tersebut ke dalam bekas berisi air kemudian perahkan limau nipis ke dalam bekas tersebut. Gaul dengan rata dan simpan dalam peti sejuk.

Petua merebus jagung

Ketika merebus jagung, campurkan gula ke dalam air rebusan, jgn campurkan garam kerana garam akan menyebabkan isi jagung keras , gula akan menjadikan jagung lebih enak dan lembut.

Petua Untuk bawang goreng tahan lama.

Hmm kita selalu guna bawang goreng kan untuk ditabur pada hidangan...kalau tak kena cara bawang goreng ni cepat layu dan terkulai je......tak fresh gitu, kata org..

Kalau nak maintain bawang goreng ni, mula2 rendamkan bawang yang dah dimayang kedalam air garam selama 10 minit. Basuuh dgn air bersih, toskan dan goreng di atas api kecil sehingga garing, simpan dlm bekas kedap udara sekiraya masih tidak digunakan. Senang, kan?

Petua Rangupkan Pisang Goreng

Campurkan sebiji telur ayam yang dipukul bersama sedikit kepala parut ke dalam bancuhan tepung. Goreng pisang seperti biasa. pisang goreng akan menjadi garing dan tidak berminyak.

Sumber makanan penyebab obesiti

Ada kajian terkini mendapati sumber makanan yang obes boleh membuatkan tubuh anda menjadi obes.
Kajian ini diperolehi dari seekor ayam yang terlebih berat badan dan jikatkan sel lemak tubuh menjadi lebih gemuk.

Pening fikir ttg diri yang obes!

Petua sandwich enak sepanjang hari

Perkara biasa kan kalau bawak bekal sandwich ke ofis tiap2 pagi...kadang2 sandwich tu kalau tak kena gaya, baru je sampai ofis nampak mcm basah je, mcm nak lunyai pun iya jugak..Tips untuk kekalkan keenakan dan rupa sandwich adalah cuba jangan sapukan mayonis pada roti. Itu je..

Petua hilangkan gatal keladi

Biasa makan keladi tak? kadang kalau tak kena gaya mencuci keladi tu, kita jadi gatal2 selepas makan....

cara cuci yang sebaiknya adalah:
1.mula2 cuci keladi yang dah siap dipotong tu dengan air bersih.
2.panaskan air, masukkan beberapa keping asam gelugor
3.masukkan keladi untuk beberapa ketika ke dalam air yang bercampur dgn asam gelugor tadi
4.Angkat dan toskan
5.Boleh dimasak mengikut resipi yang anda inginkan.

Petua lembutkan daging

Mcm2 petua yang biasa kita dengar untuk lembutkan daging sb kalau daging liat, masak apa pun serba tak sedap jadinya....

Apa kata cuba campurkan satu camca serbuk soda bikabornat ke dalam daging yang sedang direbus. Selepas daging menjadi lembut, cuci dengan air bersih sebelum digunakan untuk memasak . Jika takde serbuk soda, pergi belakang rumah ambik je daun nangka sebagai ganti soda.

Petua Cuci botol Air Minuman

Kadangkala kita rasa mcm susah sangat nak cuci botol air terutama bahagian paling dalam tu...kat celah2 yang terselit pun sama....apa kata kita pakat cuba petua ni, masukkan beras ke dalam botol tersebut, masukkan air suam sekali dan goncang......hasilnya pasti tidak mengecewakan, cubalah!

Petua Hilangkan Bau Cat

Biasanya kalau lepas cat rumah, mesti bau tu sentiasa memenuhi ruang rumah, sekarang ni memang ada cat yang tidak berbau tapi harga mesti la lebey sikit kan? Tak semua orang mampu beli....jadi bagi sesapa yang beli cat yang biasa-biasa je tu, boleh cuba petua ni:

Titiskan beberapa titis esen vanila ke dalam cat ketika cat tersebut sedang dikacau. Cat seperti biasa, bau cat hilang dan warna kekal tidak berubah.

Petua Halau lalat

Rasanya takde sapa pun yang sukakan lalat, tak perlu listkan sebab musabab , semua dah tau apa masalah yang dibawa oleh lalat kepada manusia.

Kalau kat rumah anda semua banyak lalat, cuba petua ni.

Letakkan beberapa bekas kecil bunga cengkih di meja makan dna juga di dapur, ianya boleh menyegarkan rumah anda semua serta juga dapat menghalau lalat.

Kesan Obesiti kepada saya

Setelah hampir setahun lebih saya menghadapi masalah obesiti, saya rasa banyak perubahan emosi berlaku kpada saya..ianya berkaitan dengan keyakinan diri yang hampir hilang..bila gemuk, banyak pakaian sedia ada menjadi ketat, bila ketat banyak mengundang persepsi yang pelagai daripada kawan-kawan ofis...kebanyakan memberi teguran sinis.

Saya perasan yang saya ni seperti malas sepanjang masa, keletihan, murung dan tidak bersemangat dalam apa jua situasi.Lutut menjadi sakit setiap kali naik turun tangga. Sistem penghadaman terganggu.

Bukan tak pernah mencuba untuk menurunkan berat badan sebelum ni tapi selalunya berakhir dengan kegagalan.

Untuk kali ini, saya berharap sangat pada diri saya sendiri, jangan sesekali BERPUTUS ASA dan FOKUS.

Smlm saya sudah pun mendaftarkan diri ke kelas kecergasan di ofis saya. Isnin depan bermula rutin senaman saya ketika lunch hour.

Kesan Kencing Manis

Kencing manis memberikan byk komplikasi terhadap lelaki berbanding wanita.

1. Lelaki yang menghidap kencing manis sebelum umur 30 tahun akan mudah mengalami masalah pada bahagian retina mata yang boleh mengakibatkan buta.

2. Lelaki lebih ramai yang dibedah dan dibuang bahagian anggota badan yang rosak akibat kencing manis

3. Lelaki turut berhadapan masalah kemungkinan mati pucuk akibat kencing manis

Cara mengatasi:

1. Kawal kadar pengambilan gula
2. Kurangkan jumlah alkohol yang diambil
3. Berhenti merokok.