Home » » MENGIGAU KAH SAYA NI?

MENGIGAU KAH SAYA NI?

Dah baca yang sedih cuba kita happykan diri sendiri pulak …tapi tak tau lah kot-kot anda yang membaca ni terasa seperti tak lalu nak gelak…

Saya ni seorang yang ada penyakit tak tau apa nama penyakitnya yang mana kalau tengok syok tidur dan ada yang kejutkan secara mengejut, akan terjadi la perkara-perkara yang lucu ditunjukkan oleh saya sendiri.

Cerita 15
Ketika ini berusia 12 tahun, adik bongsu saya dilahirkan..mak kejutkan saya untuk bancuhkan susu untuk adik, sepintas kilat saya terjaga dan mengambil botol susu terus diletakkan di telinga sambil berkata“ hello hello hello hello” ntah berapa kali saya sendiri pun tak tau tapi yang pasti mak sendiri yang membancuhkan susu untuk adik saya.

Tak kelakar eh?

Cerita 2

Ketika berusia 13 atau 14 tahun, ketika nak bersahur, mak kejutkan dan seperti biasa melingas bangun ke dapur ambik pinggan letak atas kepala…

Tak kelakar juga ke?


Cerita 3

Ini terjadi ketika saya berada di tingkatan 5.

Pada satu malam, satu bercadang untuk tidur dulu sebelum bangun semula untuk mengulangkaji pelajaran untuk SPM. Saya kunci jam pukul 12 tengah malam. Ketika jam berbunyi dengan kuatnya, saya secara automatic tersedar dan terus keluar dari bilik tutup suis radio, kring-kringggggggggggggg jam terus berbunyi, saya keliru kenapa radio ni, dah off suis masih bunyi, mak bising-bising kenapa tak off jam yang bingit tu..saya keluar masuk bilik tanpa arah kerana otak seperti tidak berfungsi sekejap …sempatlah saya cabut wayar yang menyambung radio ke plug semata-mata nak hentikan bunyi jam. Sekali mak bangun tepuk saya sambil cakap kuat-kuat, bukan radio yang berbunyi tapi jammmmmmmmmm.


Adik saya gelakkan saya bagaikan nak pecah perut ….sakitnya hati melihat mereka semua tertawakan saya.


Errr memang tak kelakar juga ke yang ni?????

Tak apalah…..tak kelakar pun buat-buat je lah macam nak tergelak.


P/S : Syukurlah sejak kawin tak adalah pulak jadi macam tu pulak …

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

cuba la buat masa kahwin pulak mcm tu kot2 suruh buat air, tetiba boleh masak lauk sedap2 pulak...

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...