25 August 2010

Tip untuk banyakkan air susu badan

Bukan senang tau nak maintain pengeluaran susu badan tau! Susah sekali beb......ada yang bagai nak tercabut sumber susu dipam, diperah tp tak ada jugak nak keluarnya..mungkin susu dah makin kurang.

Kalau kita memang ikhlas nak susukan bayi kita secara sepenuhnya , insyaallah susu tu akan sentiasa ada, pengalaman saya menyusukan dua anak saya sehingga 2 tahun mengajar saya betapa pentingnya niat dalam hati kita...kalau awal2 lagi rasa mcm susah je nak bagi susu sepenuh nya pd bayi mmg lah akan merajuk la susu tu..
ehh susu pun tau merajuk jugak ke? keh keh..lebih krg mcm tu la, ala ala merajuk

Jadi, kalau nak susu sentiasa byk, jgn lupa minum susu, makan makanan berkhasiat dan mesti tiap hari makan taugeh ( ini petua mak saya)....lebih elok kalau makan taugeh mentah sebagai ulam-ulaman.

Ulam kan bagus untuk awet muda?? Itu pun mesti fikir panjang ke?


Cuba jangan tak cuba.....

No comments:

Post a Comment