01 September 2010

Aksi Penyeluk Saku/Peragut Di Jalan TAR,KL

Isnin 2 hari lepas, makcik saya ke Jln Tar, untuk menukarkan telekung yang dibelinya pada hari sebelumnya...ketika sampai di kedai berkenaan dan setelah memberitahu hajat beliau, tuan kedai meminta beliau mencuba telekung yang lain krn telekung yang sebelum tu besar sedikit saiznya.

Dalam masa makcik saya mencuba telekung tersebut, datang seorang wanita manis bertudung, turut membelek2 telekung lantas mencuba telekung dibelakang makcik saya yang sedang mencuba ...ketika itu makcik saya terasa seperti disentuh oleh seseorang, ketika berpaling beliau melihat wanita tadi berada dibelakangnya sedang asyik mencuba telekung...selepas beberapa ketika, wanita tersebut keluar dr kedai tersebut...

Rupanya, tuan kedai memandang wanita tersebut seperti mencurigai kerana tingkah laku beliau ketika mencuba telekugn agak meragui namun tiada sebarang bukti yang boleh dikaitkan dengan tingkah laku beliau itu..tuan kedai itu bercerita pada makcik saya, ketika itulah makcik perasan yang beg disandang dibahu beliau telah pun koyak memanjang seperti digores dengan pisau...syukurnya wanita tersebut tidak dpt mengambil beg duit makcik tetapi sebenarnya beg itu telah pun hampir terkeluar dari beg sandang.

Berhati-hatilah kepada semua orang yang begitu leka membeli belah di saat akhir begini kerana mesti ada yang mengambil kesempatan di atas kelekaan anda itu.

No comments:

Post a Comment