18 September 2010

Hari Raya Di Terengganu

Kami sampai di rumah mak pada pukul 4.30 ptg, bertolak dr KL pukul 9.30 pagi...perjalanan lancar cuma suami saya diserang migrain yang teruk.....membuatkan kami pulak yang tertekan...mungkin caca yang begitu panas terik serta jalan yang sesak setelah memasuki bandaraya Kuala Terengganu.

Mlmnya saya , mak, Su dan Umar ke rumah sepupu...suami dan nadhirah tinggal kat rumah...
Makan kuih raya dan minum air oren...sepupu janji akan jemput kami makan mlm, tunggu je panggilan dr dia...ok kami tunggu dan ready je, makan free sapa tak nak, kan?

Balik dr rumah sepupu, tengok cerita Momok The Movie...bagi saya cerita yang langsung tak ada mesej pun tp anak2 saya ckp bessttt sgt, mama...

 
Hari Raya ke 5  -  biasa-biasa aja, kat rumah mak cuma ada ketupat dan tapai pulut..yelah dah hari ke 5, mana nak ada segala bagai juadah enak2 lagi...kalau nak jugak, masaklah sendiri..

Oleh kerana saya balik beraya ke Terengganu dalam masa yang singkat je, kami semua macam terkejar-kejar pulak, pagi-pagi raya ke 5 tu, lepas je sarapan nasi minyak dan nasi lemak (beli, bukan masak sendiri punnn), terus bersiap untuk ke rumah Tok Sedara saya kat Felda Bukit Bading, Ajil.

Bertolak dari rumah pukul 9.30, sblm ke Bukit Bading perlu singgah dulu ke Kampung Kedai Buluh, untuk ambik geran tanah tapak rumah Su kat rumah sedara, sambil tu beraya sekali la...

Dari situ dah pun pukul 11 pagi, gerak ke Felda Bukit Bading yang memakan masa hampir 1 jam perjalanan, jalan raya agak sibuk, kami sampai sana menghampiri pukul 1....

Lepak2 makan kuih raya kejap, dah dipanggil untuk makan tengahari...lauk mmg bessttt...ada singgang ikan, masak lemak putih sayur sawi, ikan goreng, jering, petai jeruk, tempoyak, ikan kering, telu dadar, air sirap, air oren.....makan dalam cuaca panas terik, mmg terasa dah tambah lagi sepinggan........

Kenyang makan, lepak2 sambil sembang2, solat Zohor dan kami siap2 untuk balik rumah........

Dalam perjalanan balik, singgah kedai tayar untuk tukar tayar kereta Iswara kami tu.....siap tukar tayar teruskan perjalanan, singgah pulak kejap kat tepi Pantai Telipot, makan ikan celup tepung, ABC, keropok lekor goreng.....

Sempat lagi beli ikan kerisi, udang yang baru je naik dari laut...betul2 segar semua tu......

Balik rumah dah pukul 6...cepatnya masa bergerak.....solat Asar, masak lemak udang dan kerisi goreng, masak nasi....itu ini sedar2 dah pun maghrib..

Lps makan mlm, lepak depan tv, nak tengok Buletin Utama, kisah apa lagi yang ditunggu kalau bukan kisah Pembunuhan Kejam itu.....tiap mlm menunggu berita, pagi2 berkejar beli suratkhabar..

Abis berita, ada yang sambuing tengok cerita, ada yang terus zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz sampai pagi....

No comments:

Post a Comment