Petua untuk maniskan susu badan

Saya tak tau susu ibu tu rasa mcm mana...tp mengikut petua mak saya kalau nak maniskan susu ibu, amalkan memakan ubi sengkuang setiap hari...boleh juga membantu menambahkan susu badan..

Ada ke yang tak kenal ubi sengkung? kalau tak kenal boleh tanya aja orang kat Pasar..biasanya ubi sengkuang dapat kita jumpa dengan mudah kalau kita beli Rojak Buah, mesti ada ubi sengkuang.


Ok, selamat mencuba ye bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi.....bagus tau menyusukan bayi dengan susu badan, nanti anak sihat dan ingat selalu dgn kita....tak percaya? cuba la susukan hingga usia bayi anda 2 tahun, anda mesti dapat melihat kesan dan kebaikannya...

Promosi Set Bersalin NR

Oleh kerana saya ni menjual set bersalin, jadi tak salahlah kan untuk saya promosi biz sendiri , yelah ada ke orang yang sanggup nak buat promosi percuma untuk kita? lain la kalu ada duit byk, boleh byr je pada mana2 blogger yg femes2 dan letakkan banner kat blog mereka...buat masa ni saya tak mampu nak bayar untuk iklan yang mahal-mahal.

Kenapa kita perlukan set bersalin ketika dalam pantang?

Sb proses bersalin ada satu proses yang mana kita kehilangan darah, tenaga dan menyebabkan luka dan perlu jahitan. Disamping itu ibu juga perlu menyusukan bayi yang dilahirkan. Perubahan bentuk badan juga berlaku ketika mengandung . Proses mengandung juga tak kurang hebatnya, badan kita jadi menggelember, kulit menjadi pecah-pecah, ada yang berkutil, ada yang makin berjerawat..semua tu ada yang semulajadi hilang selepas bersalin tapi kebanyakkan nya amat susah untuk dihilangkan.

Sebab tu lah kita perlukan perawatan set bersalin NR ini, semuanya lengkap untuk keperluan ibu yang berpantang.

Ada pil untuk membuang toksin, menurunkan berat badan, ada juga pek untuk menambahkan susu badan, ada lulur untuk membuat kulit mati, ada ramuan untuk menghilang kulit yang menggelember dna bermacam2 lagi ..

Untuk itu, saya harap bakal ibu tidak ragu-ragu untuk memilih set bersalin ini , set ini diyakini sejak turun temurun...tidak ada kesan sampingan..amat mujarab...

Tak semestinya bakal ibu perlu membeli 1 set sekiranya berminat untuk membeli secara berasingan, itu tidak menjadi hal kerana saya juga turut menjual untuk belian berasingan.

Sila emel kepada rohayayusof73@gmail.com untuk sebarang pertanyaan atau boleh sms kepada 017-3416762.

JUALAN PENGHABISAN STOK BEDUNG BAYI

Kepada bakal ibu yang masih belum mempunyai bedung bayi, jangan lepaskan peluang ini untuk ke blog saya , bedung bayi tu perlu dijual semuanya sehingga bulan September..

Setiap pembelian 10 helai akan mendapat percuma 1 helai bedung bayi, penghantaran menggunakan khidmat poslaju dengan kadar kos penghantaran RM10 untuk semenanjung Malaysia dan RM15 untuk Sabah dan Sarawak.

Selamat membeli!

Picnic di Tasik Titiwangsa

Bukannya picnic dalam minggu puasa ni tapi dlm 2 bln lps kot, anak-anak dan suami yang happy2 di Tasik Titiwangsa, sedang saya berada di pejabat...apa nak buat, cuti dah makin kurang..itu pun dah kena warning dgn bos , "make sure no negative leave balance for this year"...susah nak janji la sb kalau kita yang ada anak2 kecik ni, kdg2 sakit demam dia org tak terjangka.

Berbalik pd picnic tadi, pada mulanya ingatkan pergi jalan-jalan je, rupanya siap bawak tikar dan makanan lagi( beli nasi lemak, air dan kuih kat kedai)...lepas tu naik kuda dan jalan2 keliling taman..lepas tu balik ....

Walaupun singkat je masa untuk aktiviti tersebut, anak-anak cukup riang dan gembira, tidaklah mereka ni rasa macam terkurung je kat nursery, sekolah dan rumah.

Insyaallah lepas raya nanti, nak kerap2 sikit bawak anak keluar jalan-jalan.

*** tak dpt pulak nak upload gambar...esok cuba upload lagi...