Tip untuk banyakkan air susu badan

Bukan senang tau nak maintain pengeluaran susu badan tau! Susah sekali beb......ada yang bagai nak tercabut sumber susu dipam, diperah tp tak ada jugak nak keluarnya..mungkin susu dah makin kurang.

Kalau kita memang ikhlas nak susukan bayi kita secara sepenuhnya , insyaallah susu tu akan sentiasa ada, pengalaman saya menyusukan dua anak saya sehingga 2 tahun mengajar saya betapa pentingnya niat dalam hati kita...kalau awal2 lagi rasa mcm susah je nak bagi susu sepenuh nya pd bayi mmg lah akan merajuk la susu tu..
ehh susu pun tau merajuk jugak ke? keh keh..lebih krg mcm tu la, ala ala merajuk

Jadi, kalau nak susu sentiasa byk, jgn lupa minum susu, makan makanan berkhasiat dan mesti tiap hari makan taugeh ( ini petua mak saya)....lebih elok kalau makan taugeh mentah sebagai ulam-ulaman.

Ulam kan bagus untuk awet muda?? Itu pun mesti fikir panjang ke?


Cuba jangan tak cuba.....

Tip untuk elak sembelit ketika hamil

Boleh anda bayangkan dengan keadaan perut yang memboyot, anda pulak ada masalah sembelit...adoiiii hanya orang yang pernah melaluinya je yang tau mcm mana keadaannya..

Petua saya, amalkan memakan kangkung, tak kiralah makan sbg ulam, nak goreng, atau nak masak macam mana cara pun tp mesti makan setiap kali waktu makan...Insyaallah dengan izin Allah, penyakit sembelit itu memang tidak berani dekat dgn anda he he...

Jangan takut untuk mencuba...........

Tip untuk haluskan dan hitamkan rambut

Ini mungkin tip yang dah biasa kita dengar dan baca sebelum ni...ni petua yang selalu arwah nenek saya buat amalkan..rambut dia cuma beruban sedikit je pada usia 70++, hitam dan halus serta berkilat.......sapu minyak kelapa buatan sendiri pada rambut, balut dengan tuala selama setengah jam dan syampoo seperti biasa, lakukan setiap hari sekali...insyaallah rambut akan jadi lembut dan halus serta hitam berkilau....tak percaya? cuba la dulu baru tau......

Nak buat minyak sendiri, cuma ambik pati santan kelapa dan masakkan hingga keluar minyak ..itu je....memanglah baunya kurang menyenangkan bagi sesetengah orang tapi kesannya mmg bagus. Tapi kalu kita dah bersyampoo, tak adalah bau minyak tu lagi dah...


Cuba ye...