Khasiat Sengkuang Cina

Boleh dijadikan penawar untuk penyakit bronkitis yang kronik serta menurunkan tekanan darah inggi.

Mempunyai rasa yang manis dan menyejukkan.

Boleh meredakan demam, selsema dan batuk.

Sengkuang Cina kaya dengan karbohidrat, lemak, protein,vitamin C,kalsium, fosforus serta zat besi.

7 makanan pencegah selsema dan batuk

Selain mengambil ubat dan vitamin C tambahan, 7 makanan  yang disenarai dibawah boleh membantu  mengubat batuk dan selsema anda.


1. Sup ayam - membantu melancarkan pernafasan yang tersumbat dan memberikan tenaga tambahan. Campurkanl ebih bawang putih agar lebih cepat sembuh.

2.Makanan Pedas - bawang putih, ladasulah(hitam dan putih) atau sos pedas membantu melancarkan hidung yang tersbumbat.

3.Bawang putih - bawang putih diakui mampu mengurangkan tanda-tanda selsema dan abtuk.

4. Air - anda digalakkan meminum banyak air masak dan jus buah-buahan segar.

5. Buah-buahan siturs - lemon, oren, limau menmpunyai kandugan vitamin C yang tinggi.

6. Sumber vitamin C - selain buah-buahan sitrus, anda disarankan untuk menambahkan kentang, lada hijau, strawberi dan nenas dalam senarai pemakanan harian anda dalam usaha mencegah selsema dan batuk.

7. Halia - air halia bukan saja ammpu membuang angin tetapi juga baik untuk mengubati selsema dan batuk.

    

KEBAIKAN TIDUR TANPA BANTAL

  1. Dapat menghilangkan lemak di bawah dagu
  2. Membantu peredaran darah

2 je yg dapat dicari kebaikannya…hmmm mungkin lagi satu kebaikannya, tak perlu buang duit beli bantal dan  sarung bantal , sekadar buat lawak yg tak kelakar he he………

KHASIAT KAPUR SIRIH

1.Untuk redakan batuk dan selsema – campurkan kapur sirih dgn sedikit minyak kelapa, sapu pd bahagian kerongkong dan batang hidung
 
2. Untuk sembuhkan bisul – sapukan kapur sirih ke atas bisul yg tumbuh tu.


3. Untuk hilangkan sakit terkena gigitan serangga – campurkan kapur sirih dgn parutan ibu kunyit dan sedikit air biar menjadi seperti krim, sapu    pada tempat yang terkena gigitan

KHASIAT BUAH KERAS

  1. Rempah dan perasa dalam masakan
  2. Ramuan untuk kosmetik  - boleh dijadikan sabun, syampun dan lulur badan
  3. Biji buah keras boleh dijadikan sumber minyak lampu
  4. Tetapi buah keras perlu dimasak terlebih dulu sblm makan krn kandungan toksik yang tinggi ketika mentah
  5. Buah keras berbentuk bulat dan bijinya keras mempunyai kandungan minyak yang tinggi.
  6. Daun pokok buah keras dikatakan mampu menghilangkan sakit kepala.
  7. Daun muda yang dipanaskan di atas api boleh dijadikan sbg plaster bagi melegakan luka2 kecil pada kulit dan lebam2 .
  8. Minyak daripada biji buah keras mampu merawat kesan terbakar pada kulit dan kesan regangan pada kulit wanita selepas bersalin.

Petua untuk legakan batuk

Ni petua arwah nenek saya dulu, kalau dia batuk2 je, dia akan ambik 1 biji kuning telur ayam kampung, campurkan dgn madu asli.
kacau hingga sebati dan terus minum. Biasanya sebelum tido arwah nenek saya akan minum campuran ni.

Petua licinkan tumit kaki yang berkematu

Ambik beberapa helai daun betik, rendam dlm air suam untuk beberapa ketika,kemudian ramas daun betik tu, rendamkan  kaki ke dlm bekas tersebut lebih krg utk 10 minit, lps tu gosok2 tumit kaki. Lakukan setiap kali nak mandi.

Petua untuk redakan kesakitan ketika haid

Ambil sebiji telur ayam, 1 sudu kecil madu dan lada putih. Gaul sebati dan minum sekali sehari sebelum sarapan. Itu jekk..

Petua putihkan "bawah lengan"

Gaul perahan limau nipis bersama semangkuk hampas kelapa, lumur dan gosoklah bahagian bawah lengan tu, biar seketika dan mandi.
Amalkan selalu, kesan dapat dilihat selepas 2 minggu.

Petua hilangkan kesan minyak pada pakaian

Mudah je caranya, sapukan sedikit marjerin pada pakaian yg ada kesan minyak , biarkan seketika.Kemudian cuci seperti biasa...
kalau tak hilang jugak, beli je la baju  baru...jgn marah, gurau saja..

Petua sedapkan air soya

Bila air soya tu dah hampir nak masuk, masukkan sedikit susu pekat manis, sedikit esen vanila dan daun pandan.
Hasilnya air soya tu berbau wangi dan rasanya sunggguuuuuuuuuh sedap…thn dpn boleh la bisnes air soya kat pasar ramadhan..

Petua Lembutkan Apam kukus

masukkan 1 sudu minyak masak ke dalam adunan, gaulkan hingga sebati dan kukuslah adunan tersebut.
Dah masak , cubalah tengok rupa apam tu, mesti lembut dan gebu jee…..rasanya pun sodapp..

Petua Rebus Telur

hmm rasanya petua ni dah biasa sgt le...semua orang dah tau.. dah tau pun nak tulis jugak kat sini, dpt jugak update 1 entry kan?

pejam mata pun boleh buat petua ni, time nak rebus telur tu kan, masukkan lah dua genggam garam sekali, rebus bersama2...


*** petua ni amat sesuai kalau nak rebus telur banyak2 mcm kat kenduri kawin tu...

Khasiat Asam Jawa

Asam jawa...nama yang mcm kurang popular je kan? tapii dia punya khasiat cukup banyak...walaupun nama dan rupa kurang menyerlah tp diperlukan oleh semua orang terutama untuk masakan..tak ada asam jawa tak menjadi masak asam pedas....

Sebenarnya bukannya boleh guna untuk masakan je tapii

1. buah asam jawa boleh dimakan begitu jee...sedap tau kalau yang belum betul2 masak, warna putih kekuningan tu...issshh kecur air liur pagi2 ni..

2. asam jawa juga boleh bertidank sbg ubat tradisional untuk ubat sakit tekak atau batuk..yang selalunya kita akan minum air dia kan? dpt hilangkan perit tekak dan memerdukan suara dan air asam jawa boleh menurunkan suhu badan.

3.Kalu di India - kulit pokok asam jawa dikunyah dgn daun sirih , selalu diamalkan oleh wanita mengandung utuk kesihatan badan.

4. Kayu terasnya boleh dijadikan sebagai bahan pelawas buang air besar dan air kecil, ubat penyakit hati dan penawar kurang selera. Kulit buah dan kulit kayu asam jawab boleh dijadikan ubat cirit birit.Kulit kayu jugak boleh dijadikan losyen sbg mengubati penyakit kulit seperti bisul,bengkak dan gatal akibat gigitan serangga.

Untuk redakan demam panas, bancuhkan asam jawa bersama air sejuk, rendam tuala muka dlm air tersebut dan perah sedikt sebelum dilekapkan pada dahi.

Untuk redakan batuk, campurkan ramuan asam jawa dengan sedikit gula batu dan embunkan semalaman sebelum diminum keesokan pagi.

Untuk pesakit asma, air rebusan kulit batang asam jawa yan pahit digunakan untuk mengurangkan penyakit asma.

Kita hanya mencuba, kemujarabannya terletak pada Yang Bekuasa, yang penting tak salah mencuba kalau bukan satu kemudaratan.