Kebaikan menulis entry

Apa yang saya perasan sejak saya gila mencari bahan untuk menaip kat blog ni, pengetahuan saya turut bertambah....byk info-info yang saya tak pernah mengetahui langsung sebelum ni, jadi secara tak langsung saya turut membantu diri saya ni menjadi lebih pengetahuan...bagus2x....

Smeoga pembaca yang sudi membaca blog saya ni turut dapat menambah pengetahuan yang sedia ada.

Haruman Lavender Segarkan Jiwa

Semasa anda berehat, biarkan ruang keliling disegarkan dengan haruman lavender.
Minyak lavender dikatakan baik untuk kesihatan mental.
Ia mampu mengatasi masalah sukar tidur dan menenangkan emosi.
Kajian membuktikan bahawa sejenis hormon akan dibebaskan semasa kita berada di dalam keadaan tertekan.
Hormon itulah yang menyumbang kepada masalah kegemukan kerana ia menyimpan lemak dalam perut.
Jadi beli lah haruman lavender untuk kesihatan dan ketenangan anda.

p/s: tips ni betul bermanfaat utk saya yang sering rasa tertekan, dah suka makan byk kalau tertekan.

Petua mencuci periuk yang berkerak

Rebus kulit kentang di dalam periuk yang berkerak selama beberapa minit hingga mendidih. Lps tu anda akan dapati kerak itu pasti akan tertanggal dengan sendirinya.

Petua sedapkan nasi lemak

Kisar 2 biji buah keras bersama kelapa untuk dijadikan santan, tambah satu sudu kecil halba yg telah digoreng sebentar, masukkan ke dlm nasi lemak yang sedang di masak.

 

Khasiat buah Strawberry

  1. boleh menurukan kadar kolestrol
  2. boleh membantu dalam melumpuhkan kerja-kerja aktif kanser
  3. boleh membantu dalam mengelakkan risiko berlakunya gejala strok
  4. strawberi mengandungi zat anti alergi disamping anti keradangan
  5. sangat efektif untuk mencegah proses pengoksidaan pada tubuh.
  6. kaya dengan kandungan vitamin C yang sangat bermanfaat untuk proses pertumbuhan anak-anak
  7. mengandungi kadar gula yang rendah, sangat sesuai untuk pesakit diabetes.
  8. jika dimakan secara teratur dapat membantu menghaluskan kulit , menjadikan kulit lebih cerah dan bersih.
  9. dapat mencegah proses penuaan
  10. dapat membantu membersihkan gigi
  11. boleh membantu kepada masalah radang sendi
  12. daun strawberi mengandungi zat astrigen, dapat membantu meredakan demam
  13. makan 8 biji strawberi sehari dapat memenuhi keperluan Vitamin C

Untuk mengekalkan kesegaran dan khasiat strawberi, perlu simpan di dalam tempat pembeku.

Caranya: susun satu persatu dan terpisah, letakkan di tempat pembeku, setelah beku, keluarkan dan siram dengan air biasa.
Masukkan strawberi kedala plastik dan bekukannya semula di tempat pembeku.Buah akan tahan hingga sebulan.