LAGI PETUA NENEK KEBAYAN

Petua hilangkan kesan tumpahan kopi pada baju
Tuangkan sedikit air yang mendidih pada kesan kotoran, sapukan campuran air dan serbuk penaik.Biarkan seketika, cuci seperti biasa

Petua- petua mengelakkan beras diserang hama
a – masukkan beberapa helai daun limau purut ke dalam simpanan beras
b – masukkan beberapa tangkai daun belimbing yang telah dibersihkan dan dikeringkan ke dalam simpanan beras
c – masikkan 3- 6 tangkai lada kering ke dalam simpanan beras.

Petua hilangkan bau hanyir ayam
Selepas ayam dipotong dan dibersihkan, perap ayam tersebut beberapa minit dengan garam, asam jawab dan sedikit tepung gandum.
Kemudian cuci hingga bersih. Masak seperti biasa.

Petua bekukan agar-agar dengan lebih pantas
Sejukkan loyang acuan di dalam peti sejuk ada bahagian beku. Apabila cukup sejuk, isikan agar-agar didalamnya dan biarkan beku seperti biasa.

Petua kilatkan cermin tingkap
Ambil kertas suratkhabar, celupkan ke dalam air dan gosoklah pada cermin sehingga kering.

Petua merahkan bibir yang kusam
Ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu dibibir pada waktu malam.

Petua untuk bersihkan warna yang telah luntur
Ambil beberapa helai daun betik dan rebus dengan air. Ketika air rebusan masih panas, masukkan pakaian tersebut dan rendam semalaman. Kemudian cuci seperti biasa, anda akan dapati kesan warna yang bertompok dan luntur akan hilang.

Petua cegah ulat pada pokok
Tumbuk bawang putih 3 atau 4 ulas dan campurkan air sabun sesudu besar.  Kemudian campur minyak masak sebanyak sesudu.
Semburkan campuran tersebut pada pada pokok.

Keracunan Makanan

Tak sangka pulak saya terkena keracunan makanan 2 hari yang lepas, salah saya juga tidak begitu peka dengan kebersihan setiap makanan yang di ambil.

Pada Sabtu lepas, saya terasa begitu dahaga sekali, kat dalam peti ais kat rumah tu memanglah tak ada sebarang air sejuk atau ais sebab Umar kan ada lelah, jadi kami memang tidak pernah letak sebarang air atau ais di dalam peti ais.

Jadi, saya memutuskan untuk membeli ais ketul satu plastik dan diam-diam masukkan dalam peti ais, bancuh air mangga campurkan dengan ais ketul, dingin sekali rasanya tekak ni.

Sebelum maghrib , perut terasa Memulas dan tekak loya-loya, sekejap je lepas tu terus muntah dan muntah hingga terasa habis semua tenaga yang ada dalam badan.

Esoknya, tak ada lagi rasa nak muntah tapi dalam perut seperti penuh angin..fikirkan kembung perut, saya menyapu minyak angin pada perut…memanglah keluar angin tapi seperti hendak terkena cirit birit pun ada.Semuanya berlalu begitu je.

Datang Isnin, pagi sarapan 2 keping roti seperti biasa, lunch ke gym, lps tu makan nasi 2,3 suap berlaukkan ikan masak stim serta sayur goreng…dalam pukul 4, perut terasa betul2 penuh angin, loya datang menyerbu tekak…namun dapat ditahan hinggalah sampai rumah.

Masuk tandas, keluar segala-galanya… terus hilang selera makan, fikirkan mengandung tetapi macam tak pernah sebelum ni kena macam ni bila mengandung..setiap setengah jam kot, saya berulang alik keluar masuk tandas, bila malam saya tak dapat nak lelapkan mata kerana bila hampir terlelap saya pasti akan tercirit…mlm tu kerja saya adalah mandi dan bertukar kain batik hinggakan habis kain batik yang ada ( memang kain batik pun ada takat 5, 6 helai je), kain selimut 2 helai, toto anak saya pun turut terkena sekali..

Saya tak dapat tidur hingga pagi, minum teh pekat tanpa gula pun tak dapat membantu dalam keadaan macam tu..pagi-pagi ke klinik, doktor cakap mungkin keracunan makanan, selalunya kerap terkena bila minum ais…saya pasti ini kerana saya minum ais pada Sabtu lepas.

Pengajaran untuk saya dan semua, sentiasalah utamakan kebersihana dalam apa jua keadaan.