Lagu Sungai Lui

Sekarang ni lagu Sungai Lui tengah hot di corong-corong radio..apa yang peliknya pada perasaan saya ini bila kala terdengarnya muzik intro lagu ni, hati dan perasaan terus rasa seperti dibuai, dipalu, hanyut di bawak arus….sampai hari ni saya masih gagal mentafsir secara tepat apa yang saya rasa bila terdengar je muzik lagu ni.

Berdendang aja gemersik suara Aizat, perasaan makin terbuai dan kesayuan datang melanda hinggakan semua kerja seolah terhenti kerana kurang berdaya untuk bergerak.

Kadang-kadang saya rasa nak mengelak daripada mendengar lagu ini tetapi separuh perasaan dan keinginan begitu membuak-buak untuk mendengar lagu ini. Inikah yang dikatakan lagu berhantu? Ha ha lu pikirlah sendiri tu.


Ada tak orang lain yang  merasakan seperti yang rasa? Nak kena jumpa Aizat nampaknya ni untuk minta nasihat…he he…


p/s: kalau dapat jumpa Aizat nak mintak tips kurus daripada dia.