03 January 2011

Best jadi surirumah ..sambungan

Hmm memang best kalau hari-hari dapat mengadap pc, update blog, blogwalking seperti hari ni....

Sementara menunggu waktu anak pulang dari sekolah dan tadika, boleh lah update apa-apa yang patut.

Kalau hari bekerja,memang betul-betul kena cari masa yang sesuai untuk update blog, menunggu semua dah tidur, sekali dengan saya turut terlelap. Terpaksa bangun semula awal pagi , itu pun kalau ada idea boleh la update, kalau tak, sambung tidur jawabnya.

Tadi sebelum Nadhirah ke sekolah kebangsaan, kami berdua makan tengah hari bersama...seronok jugak walau hanya berdua, makan berlaukkan budu...hmmm memang betul-betul makan dua beranak tu....

Kata Nadhirah " kalau hari-hari macam ni, makan nasi dengan budu, mesti best, kan ma?"

Jawab saya " memanglah best tp mama risau kalau mama tak boleh lagi dah nak keluar masuk ikut pintu terpaksa buka sliding tu pulak untuk keluar masuk"....

Tercengang Nadhirah " laa kenapa pulak , ma ? sampai tak boleh nak keluar masuk guna pintu tu?'

Makin mengembang sebab tu tak boleh nak guna pintu tu.

Oooooooo ......panjang oo nya dan lepas tu dia gelak sendiri.

Hmm ni tak bagusnya jadi surirumah, asyik makan makan makan je.

Lepas balik dari hantar Nadhirah, bersantai sorang-sorang baca majalah..hmm bestnya baca sambil baring atas sofa, tak ada sapa yang kacau.

Kejap lagi nak keluar semula , jemput Umar, my superhero yang cengeng.

2 comments:

  1. saya dapat rasa mmg seronok jadi surirumah ni. puas hati dapat jaga kebajikan suami+anak2 full time :)

    saya dah lama bercita-cita nak jadi housewife. tapi keadaan skrg blm mengizinkan lagi...huhu.

    ReplyDelete
  2. Ye lah mmg seronok dapat jd surirumah disamping poket pun penuh hehehe...
    p.s- kena guna font besar utk kapet ni khas buat org rabun mcm puan zai hehe

    ReplyDelete