02 January 2011

Cuti Sekolah berakhir

Selain sibuk dengan year end closing, membeli kelengkapan pakaian dan buku-buku sekolah, lagi satu yang buat kita bertambah sibuk adalah kena datang ke sekolah untuk bayar yuran. 

Pagi 1/1/2011 bayar yuran transit dan yuran sekolah agama.

Pagi 2/1/2011 bayar yuran sekolah kebangsaan.

Selain itu, buku teks perlu dibalut. Saya belum balutkan buku teks Nadhirah. Janjinya malam ni nak balut tapi sampai ke awal pagi masih lagi belum balut.

Pakaian sekolah belum digosok. Biasanya perlu gosok untuk keperluan beberapa hari sekaligus.

Sekolah akan mula dibuka semula pada 3/1/2011, Umar akan memulakan kelas tadika di Naluri Kreatif ( ala sama macam tahun sebelum ni jugak la). Saya cuma perlu hantar Umar di depan pintu pagar macam biasa pada hari pertama nanti. Tak perlu nak melihat dia belajar seperti ibu-ibu lain pada hari itu. Kalau saya menunggu, alamatnya Umar akan berkepit kat celah ketiak saya la.

Nadhirah akan memulakan kelas di sekolah agama pada sesi pagi manakala sekolah kebangsaan pada sesi petang. Tiada apa sangat yang perlu dirisaukan tentang si kakak ni, pagi kita hantar ke sekolah agama, tamat waktu belajar, tuan punya tempat transit yang mesra dipanggil Untie akan mengambil para pelajar untuk dibawa pulang ke rumah transit bersebelahan dengan rumah Untie. 

Jadual di rumah transit sama saja seperti tahun lepas, sebelum ke sekolah kebangsaan perlu belajar mengaji dan makan tengah hari dulu. Lepas tu ke sekolah kebangsaan yang terletak betul-betul di depan rumah transit.
Nanti petang saya dan abahnya akan menunggu si kakak depan pagar sekolah. Begitulah rutin yang akan dilalui sehingga cuti sekolah datang lagi.

Harapannya tahun ni tak ada kelam kabut lagi macam tahun lepas.Ala yang kelam kabut cuma saya je..ntah apa yang saya nak kelam kabut tu , saya sendiri pun tak faham.

No comments:

Post a Comment