PC menjadi rebutan

Kelakar betul sekejap tadi, berebut pc dengan Umar..last-last saya menang...sorry ye Umar, mama tak boleh kasi can lama-lama, tau...

Ada ke patut , ketika abah dan kakak dia tengah solat, mama tengah goreng nasi kat dapur, diam-diam dia on pc. Biasanya dia tak berani nak main game sorang-sorang, mesti berteman, tapi malam ni selamba je main game sorang-sorang start 7.30 hingga 8.50, tak ke melampau tu untuk seorang budak kecik berusia 4 tahun!

Dia main game lumba kereta, pening kepala dan menyirap darah tengok game tu sebab Umar main hentam je, kereta asyik langgar tembok je, hentam belakang bontot kereta lain..ishh ngeri la tengok..

Saya pujuk-pujuk nak check emel je kejap, nak tengok bedung kejap ( maksudnya nak tengok blog bedungcomel.blogspot) ..semuanya dia buat bolayan je..

Last-last tak boleh sabar saya paksa dia turun bawah join kakak dan abah dia tengok cerita PAPADOM.

Dia nangis-nangis siap cakap " umar tak nak kawan dengan mama, biar hantu je kawan dengan mama"

he he takutnya ...takutnya....

Dia turun bawah main game UNO bersama kakak dan abah.....tiba-tiba dengar dia menangis....

Rupanya dia marahkan abah dia, tak tau lah apa sebab, kalah main games agaknya..

"Umar tak nak kawan dengan abah" itu yang kedengaran dari mulut Umar..

Kata si kakak, "last-last adik yang tak ada kawan sebab dalam rumah ni ada 4 orang je, kalau tak nak kawan dengan abah, mama, kakak , nak kawan dengan sapa lagi?"

Hanya tangisan yang menjawab pertanyaan si kakak..

1 comments :

Lady Lavender said... [Reply to Comments]

anak2 sekarang memang berkwn dgn Pc aje kaann..tu psl la pc jadi rebutan :-)

Post a Comment