15 January 2011

Serasi Bersama

Baru saja selesai menonoton rancangan Serasi Bersama di saluran 104 Astro Ria. Malam ni dapat tengok dengan aman damai kerana Penggemar Asto Ceria tidur awal. 


Saya suka menonton rancangan Serasi Bersama kerana rancangan ini menampilkan pasangan-pasangan popular ( kalau tak popular, sapa nak tengok , kan?)..ada yang saya rasa sangat seronok ditonton tapi ada juga pasangan yang agak semacam ...apa yang saya maksudkan dengan semacam tu, biarlah saya sendiri yang faham.


Malam ni pasangan Prof Dr Muhaya dan Dr Azmi menjadi favourite saya. Pasangan yang begitu sepadan dan cool. Sama-sama terpelajar dan penuh dengan teladan. Rasanya ramai yang mengambil panduan amalan bermaafan sebelum tidur yang diamalkan pasangan tersebut.


Saya menyokong rancangan ni kerana sedikit sebanyak kita dapat tip-tip dari pasangan yang ditonjolkan setiap minggu.


Nadhirah pun suka rancangan ni, minggu lepas dia saja-sajalah usik abah dia agar masuk rancangan Serasi Bersama dengan mama.


Hmm baik Dhirah je yang sediakan soalan biar mama dan abah yang jawab, kita main kuiz seronok-seronok sendiri kat rumah.

No comments:

Post a Comment