19 January 2011

Umar dan Puting

Dah besar panjang tapi masih lagi melekat dengan puting....nak tidur mesti cari puting..kadang-kadang sambil buat kerja sekolah pun bertemankan puting di mulut...selalu kakak ejek nanti Umar jadi macam Halimah Jongang!


Pernah beberapa kali cuba untuk pisahkan dia dengan puting tapi nampaknya semuanya gagal bila dia akan mengamuk-ngamuk...tak tahan dengar dia menjerit menyusahkan telinga semua orang, kami akur dan sekarang macam malas nak cuba-cuba pisahkan.


Tak tau sampai bila dia akan setia dengan puting, nasib baik boleh pulak dia berpisah sementara untuk ke sekolah atau keluar ke mana-mana...dia jarang teringatkan puting kecuali dah baring nak tidur..lepas lena je ntah mana putign tu akan tercampak.



Umar tanpa puting, menunjukkan barisan gigi yang cantik! he he

2 comments:

  1. ehehee..tidur pun ada gaya umar ni (gambar baju merah tu..). Dah serasi sgt dgn puting tp rasanya bila dia besar skit lagi, dia dah tahu malu tak nak la tuu..

    ReplyDelete
  2. salam kenal kak aya..

    meh la join GA at...

    http://farrafaris.blogspot.com/

    just 4 fun...

    ReplyDelete