Ampunkan Daku

Seperti biasa, kalau malam minggu macam ni mesti layan Cerekarama TV3 ( kalau Umar tidur atau main games la).


Kebetulan malam ni, anak-anak tidur awal, apalagi layan la sorang-sorang cerita Ampunkan Daku.


Cerita ini berkisahkan tentang sebuah rumah perlindungan untuk remaja yang mengandung anak luar nikah yang diusahakan oleh latifah lakonan Sheila Rusly.


Mesej yang saya dapat adalah:
1. kita sebagai masyarakat jangan menghukum remaja yang bermasalah seperti itu dan sewajarnya mereka diberi peluang untuk berubah.


2.jangan lah kita pandang hina pada anak luar nikah kerana mereka tidak bersalah dan dilahirkan bersih tanpa noda.


3.kepada remaja yang menghadapi masalah mengandung luar nikah, janganlah ditambah lagi dosa yang sedia ada dengan membuang bayi yang dilahirkan. Betapa ramai pasangan yang begitu ternani-nantikan kehadiran cahayamata tapi mereka belum dikurniakan rezeki cahayamata.

Kalau ada duit lebih, bagus juga kan kita bina satu rumah untuk orang yang memerlukan tempat perlindungan seperti orang-orang tua, anak-anak yatim, remaja bermasalah, anak-anak HIV dan Aids.

0 comments :

Post a Comment