02 February 2011

Aneka Petua

Petua lembutkan Rambut
Masukkan 2 sudu besar susu tepung ke dalam cawan. Bancuh dengan air suam, kacau dan perahkan air limau nipis.
Kacau lagi dan simpan dalam peti sejuk selama 5-6 jam.
Apabila dah pekat, lumurkan pada rambut, biarkan selama sejam dan boleh lah dibilas bersih.
Amalkan selalu dan hasilnya rambut semakin lembut dan mudah diurus.


Petua elakkan bersin pada waktu pagi
Amalkan memakan dua atau tiga biji lada hitam pada waktu pagi sebelum sarapan.

Petua untuk segarkan badan
Ambil beberapa helai daun pandan dan daun serai wangi. Hiris nipis-nipis.
Ambil beberapa kuntum bunga melur, bunga ros dan limau purut.
Perahkan sekali bersama semua campuran bunga dan daunan di atas dan campur dengan air dalam satu besen.
Gaul semua di atas sehingga mengeluarkan bau yang wangi.
Biarkan selama 10 minit.
Selawat 3 kali dan boleh lah mandi.
Amalkan selalu untuk kesegaran tubuh badan dan juga untuk bebaskan tekanan fikiran.


KREDIT UNTUK MAJALAH MINGGUAN MALAYSIA

No comments:

Post a Comment