02 February 2011

Aneka Petua Lagi..

Petua Atasi Sakit Gigi/Bengkak Gusi
Ambil lendir lidah buaya dan sapukan di sekeliling tempat yang bengkak.
Biarkan kering.
Amalkan 3 kali sehari.


Petua hilangkan bisa sengatan serangga
Ini sekadar petua untuk rawatan awal bagi yang terkena gigitan serangga, ambil apa saja bunga yang berhampiran dengan anda dan lumurkan pada tempat yang terkena gigitan serangga.Lendir dari bunga-bungaan adalah penawar bagi gigitan serangga.


Petua hilangkan tahi lalat hidup
Sapukan getah daun bunga kemboja diseluruh tahi lalat.
Tampalkan kapas .
Lakukan sehingga tahi lalat itu menggelupas dan sedikit demi sedikit ia akan menipis dan hilang.


Petua lebatkan bulu kening
Ramas bahagian batang pucuk paku hingga keluar lendiri.
Sapukan lendir pucuk paku pada kening.
Cuci dengan air bersih.


KREDIT UNTUK MAJALAH MINGGUAN MALAYSIA

No comments:

Post a Comment