06 February 2011

Biarkan Aku Menangis

Itu tajuk Cerekarama yang baru aja ditayangkan di TV3 pada pukul 10 malam hingga 12 tengah malam tadi.


Hmm tersentuh jugak hati saya melihat babak-babak seorang anak bersikap biadap dan kurang ajar pada ibu yang sudah berusia itu.


Kadang-kadang kita tak tau nak beri didikan yang bagaimanakah pada anak-anak, terlalu pesat pembangunan, terlalu maju arus kemodenan semakin jauh perginya sikap terpuji di dalam diri terutamanya kepada anak-anak yang sedang membesar pada zaman sekarang ni.


Pengaruh dan anasir yang tidak elok datang dari pelbagai sudut dan arah, kita sebagai ibu bapa perlu mencari ilmu keibubapaan dan ilmu agama yang betul-betul mencukupi untuk menghadapi situasi seperti sekarang ini.


Jika ketika kita kecil dulu, amat jarang sama sekali untuk membantah setiap arahan dan suruhan daripada ibubapa tetapi anak kita sekarang..oohhh ada waktunya kita sendiri pulak yang terasa tetapi cepat-cepat kita sebagai ibu maafkan perbuatan si anak kerana bimbangkan kemudaratan kepada kehidupan si anak.


Sama-samalah kita menambah ilmu keibubapaan dan mendalami ilmu agama agar dapat dijadikan panduan kepada seribu dugaan yang mendatang di dalam mendidik anak-anak menjadi seorang yang soleh dan solehah.

No comments:

Post a Comment