Cerita Rafeeq

Setiap Ahad 10 pagi saluran 611 Astro Ceria, akan disiarkan cerita Rafeeq, dah banyak kali saya dengar budak 2 orang kat dalam rumah ni dok asyik sebut bla bla Rafeeq, Rafeeq bla bla bla..ingatkan cerita apa la...


Tadi lepas bersarapan sempatlah join budak berdua ni tengok cerita tu.


Alahai, sabar je lah, tak tau tang mana yang seronok sangat cerita budak Rafeeq yang tak reti senyum tu,, 


Sekarang ni banyak betul cerita yang tidak logik dipertontonkan kepada kanak-kanak, tentang kuasa-kuasa yang tidak wujud pun seperti jam power, kuasa  luar biasa pada hero atau apa saja peralatan yang dicipta untuk menyelamatkan nyawa orang lain atau membantu oang yang sedang menghadapi sesuatu masalah.


Akibatnya Umar selalu berangan-angan nak memiliki power seperti itu juga.


Kita sebagai ibubapa ni pening fikirkan nak menyekat dia daripada terus menonton cerita-cerita macam tu, boleh tak penghasil cerita kanak-kanak ni buat cerita yang lebih bermanfaat dan membina minda untuk kanak-kanak. Memanglah tak semua cerita kanak-kanak tu ada pengarauh negatif tetapi anak-anak ni lebih suka nak tengok cerita-cerita yang tak masuk akal sebab mereka sendiri pun tak tua nak bezakan mana yang baik, mana yang tidak.


Tak dinafikan ibubapa memainkan peranan dalam menapis setiap cerita yang perlu ditontonkan kepada anak-anak tetapi dengan keadaan remote control pun selalu bertukar tangan amatlah susah nak dikawal. Dah locked saluran 611tetapi password pun dapat ditekanya, abis camno?


Umar cakap dia sedang buat muka ultraman tu....(bersama 2 sepupu)


2 comments :

Anonymous said... [Reply to Comments]

Assalamualaikum,

Saya terpanggil untuk mengulas serba sedikit penulisan anda.

Sebagai Ibubapa penjaga saya boleh faham akan kegusaran Puan di dalam memikirkan logiknya sesebuah cerita itu. Apa yang cuba diketengahkan oleh pereka cerita mungkin hanyalah rekaan semata-mata, untuk membina imaginasi kanak-kanak itu sendiri.

Sebagai kanak-kanak, amatlah sesuai untuk mereka berimaginasi agar minda mereka berfikir. Seperti juga guru yang mengajar mereka melukis.

Saya tidak merasakan yang cerita tersebut itu memberikan cerita yang tidak masuk akal- kepada kanak-kanak, kerana disebalik cerita ada pengajaran yang diselitkan. Mungkin ibubapa harus peka dengan pengajaran yang ingin disampaikan, dan bukan hanya menunding kepada perkara-perkara yang tidak masuk akal. Kisah ini sebenarnya sedikit sebanyak membuka minda kanak-kanak untuk berimaginasi. Saya merasakan tidak salah begini.

Sedangkan di dalam Al Quran, mukjizat-2 keatas Rasul juga adalah diluar batasan imaginasi seseorang manusia, tetapi dapat diterima sebagai kuasa dari Allah, untuk mereka yang befikir. Mungkin boleh diajar kepada mereka bahawa kuasa yang diberikan kepada seseorang itu adalah dari Allah, sebagaimana pemikiran itu diberikan oleh Allah kepada umatnya untuk berfikir. Kuasa yang ada pada zaman moden adalah hasil ujikaji saintifik yang masih diperdebatkan oleh para saintis dimasa ini. Seperti juga cerita DORAEMON yang menggunakan kucing untuk menolongnya, ada kahh ini boleh diterima akal?

Apa yang boleh diajar adalah untuk mereka lebih tahu dan peka kepada keperluan sains di dalam hidup seharian. Kajian di Jepun menunjukkan dengan berimaginasi ala DORAEMON, apabila kanak2 itu sudah meningkat dewasa, mereka dapat mencipta sesuatu yang canggih- seperti mana ciptaan2 hebat para pemikir di Jepun yang diluar batas pemikiran masyarakat Malaysia.

Tidakkah kita mahu anak kita berupaya menandingi pemikiran seperti itu atau kita hanya mahu anak2 kita disogokkan dengan cerita yang masuk akal bagi orang dewasa dan tidak mungkin masuk lagi akal untuk kanak-kanak?

Jika dipandang dari sudut positif, mungkin tiada salahnya cerita sebegini dipertontonkan kepada mereka.

Cuba-cubalah ibu fikirkan....Sekian

Wallahua'lam...

Kak Aya said... [Reply to Comments]

Terima kasih atas pandangan dan info berguna.

Post a Comment