09 February 2011

Cerita waktu MALAM saya

Anak-anak baru je tido, suami keluar minum dengan jiran sebelah.


Tiada apa yang menarik pun malam-malam gini , semua kerja rumah dah pun selesai tadi. 


Plan nak blogwalking jelah untuk beberapa blog, lepas tu boleh la tidur.


Sebelum update blog ni saya menonnton drama bertajuk ORANG LUAR siaran TV2, lakonan Dira Abu Zahar, boleh tahan jugaklah jalan ceritanya , ada kelainan dari kebiasaan.


Nak buat sinopsis tak berapa pandai, nanti pening pulak orang yang membacanya.


Sebenarnya saya ni sedang merangka plan ( dasattt tu) untuk bisnes kedai online saya. Sekarang sedang clearkan stok yang ada, semua ni untuk ubahsuai kedai online saya, nak tukar template, nak tambah produk jualan, nak kurangkan mana yang tak begitu memberangsangkan. Bisnes saya ni bukan untuk kaya tapi untuk sama-sama menempatkan diri dalam bisnes online secara kecil-kecilan. Saya masih berfikir untuk menambah produk jualan kepada pakaian kanak-kanak atau diapers atau tudung atau perfumes atau lain2 …..semua ni bergantung kuat pada modal saya. Senang kata modal yang saya ada begitu kecil.


Kadang-kadang kerana fikirkan pasal bisnes kecilan ni pun boleh buatkan mata saya enggan lena, walhalnya saya tak lah begitu serius pun dengan bisnes ni sebab saya bekerja sepenuh masa di ofis.


Agaknya ada tak yang sudi bagi idea atau tips atau pengalaman tentang bisnes online seperti modal, kerenah pelanggan atau apa saja, bolehlah tambah pengetahuan dan pengalaman.

No comments:

Post a Comment