13 February 2011

Entry yang ada rasa

Semalam ada baca satu post dari Ben Ashaari mengenai tips untuk buat entry, biar entry tu simple tapi ada rasa dan memberi rasa kepada yang membaca hingga tertarik untuk pembaca memberi komen dan akan datang lagi.


Hmmm saya terfikir juga tentang entry-entry saya sebelum ni, adakah mempunyai rasa dan memberi rasa pada orang yang membaca..mungkin kurang rasa kot sebab tulis sesuka hati je..


Saya rasa ini semua terpulang kepada niat asal kita berblog, bagi saya yang baru belajar dunia blog ni , berblogging adalah satu cara alternatif untuk saya luahkan apa yang saya rasa berbanding sebelum ni suka mencoretkan di dalam diary dan juga untuk hilangkan tekanan sepanjang hari di tempat kerja dan lain-lain rutin , di samping itu blog ini boleh buat kita rileks kerana ada kawan dan boleh baca blog orang lain.


Walaupun entry tiada rasa , selagi ianya tidak menyentuh isu-isu sensitif, tidak menyinggung sesiapa atau berniat jahat pada sesiapa, bagi saya itu sudah memadai untuk saya yang baru belajar.


Bukan apa, saya tak nak stresskan diri saya dengan berfikir bagai nak rak untuk satu-satu entry, dah le kerja harian selalu stress, sebab tu saya jadikan berblogging ni salah satu cara untuk releasekan stress dengan meluahkan apa yang terfikir diminda.


Ini semua adalah pendapat peribadi saya sendiri yang baru setahun jagung, terimakasih untuk Ben Ashaari yang sentiasa memberikan tips berguna untuk blogger baru macam saya.

1 comment:

  1. yess..exacty right k.aya. Kita tulis apa yg kita nak tulis. Tak semestinya nak buat org terpanggil utk dtg & baca blog kita.Buat apa nak sakitkan kepala pikir entry apa yg nak ditulis. Blog kita, cerita kita, so terpulang pada kita nak tulis apa :-)

    ReplyDelete