01 February 2011

Hari Wilayah 2011

Dah 37 tahun dah Kuala Lumpur...muda setahun je dari saya...


Dulu masa mula-mula jejak kaki di KL ni pada tahun 1983, datang jemput arwah Tok Cik balik dari Mekah, datang satu rombongan bas Cik Kiah.


Ada juga la ke Zoo Negara dan Muzium Negara,jalan tak la sesesak sekarang ni ketika itu. Alaa takat datang 2 hari je mana nak tau kan jalan sesak atau tidak.


Kali ke 2 datang ke KL pada tahun 1992, tumpang lepak di bilik sewa makcik di Jalan Perhentian Sentul.2 bulan lepak makan free kat situ.


Kali ke 3 datang ke KL pada tahun 1994, ada interview di Standard Chartered Bank , Jalan Melaka. Dipendekkan cerita, gagal dapat kerja sini sebab tak pandai speaking London, he he.


Kali ke 4,5,6 pada tahun 1995, datang sebagai penghantar kain batik sutera dari KT-KL, makcik akan jualkan kepada kawan-kawan ofis dan sekitar tempat tinggal. Berulang alik setiap bulan naik bas ekspress , hmm kiranya dulu dah pernah jadi businesswoman la kan, walaupun sekadar penghantar barang sebab ada jugak share 1% dalam jumlah modal tu ..


Datang yang memang terus kerja sini adalah pada tahun 1996 bulan Mei. Hingga sekarang saya telah pun berbelas tahun menjadi salah seorang yang mencari rezeki di kotaraya Kuala Lumpur.


Kuala Lumpur adalah  lambang pembangunan, lambang kemajuan namun perlu dikekalkan identiti kita walaupun telah hampir memasuki usia MIDI seperti saya juga.


Motif bercerita tentang semua ni? hmm saja je sebab hari ni kan Hari Wilayah, sekadar menoleh kembali jalan yang telah ditinggalkan.

Jom layan gambar-gambar menarik mercu tanda Kuala Lumpur, gambar yang di copy dari FB adik saya yang sedang berjinak-jinak dengan dunia fotografi. Ini semua gambar KLIK pertama dari kamera baru dia....layannnn






No comments:

Post a Comment