20 February 2011

Kontroversi Nabil Raja Lawak

Saya 4 beranak memang meminati Nabil semenjak dia mula-mula masuk rancangan Raja Lawak. Saban minggu kami setia menunggu depan TV, lawak-lawak dia kelainan dan lebih segar serta membuatkan kita betul-betul terhibur.


Walaupun begitu, kami tidaklah menghabiskan duit untuk mengundi beliau hi hi sekadar penonton je..tapi kami sentiasa mendoakan Nabil jangan lupa daratan atau pun dihinggapi apa-apa kontroversi yang boleh menjatuhkan reputasi beliau. Nampaknya semenjak bergelar juara, satu demi satu kontroversi hinggap padanya.


Siang tadi ada dalam suratkhabar tentang dakwaan dia melarikan diri dari sebuah kelab di Jalan Doraisamy namun beliau menafikan, di dalam rancangan Melodi TV3 turut disiarkan temuramah bersama Nabil tentang perkara ini, sama juga beliau menafikan.


Hanya tuan empunya diri yang tau kebenarannya, harapan peminat semoga lebih berhati-hati dalam apa jua tindakan yang bakal dilakukan. Tersilap langkah boleh merosakkan nama baik dan karier.


 Nabil bukan saja diminati orang dewasa malahan anak-anak kecil pun tau tagline Nabil "Lu pikirla sendiri", jadi harapannya biarlah contoh yang baik ditonjolkan terutamanya kepada kanak-kanak.


Harapanya, dapatlah Nabil kurangkan cerita tentang buah hati, tumpukan dulu kepada karier.
Itu lebih menjamin masa depan dan jangan lupa keluarga yang banyak berjasa.


Sekadar nasihat daripada seorang yang biasa-biasa aja namun ikhlas dari hati.

2 comments:

  1. Sian jugak tengok dia sekarang ni.. macam-macam kontrovesi melanda...

    Sekarang ni nampak zizan dengan johan pulak kelakar walaupun masa mula-mula kurang berminat dengan dorang

    ReplyDelete
  2. Betul tu kak aya... suka sgt dgn nabil tu. harap dia terus cemerlang walau mcm2 dgr kontroversi aje... diam tak diam johan n zizan sekarang pun dah kelakar gile2 dah...

    ReplyDelete