23 February 2011

Panggilan Hangit

Hari ni saya bercuti tanpa sebab yang kukuh selain malas nak masuk ofis setelah hampir 2 minggu saya tak ada kerja sangat selain buka pintu bilik bos, lampu bilik bos, ambik newspaper bos, ambik surat bos. 


Lain-lain kerja ambil air suam untuk diri sendiri kat pantry untuk mencukupkan jumlah air yang diminum saban hari melebihi  2 Liter. Kalau dah minum air banyak secara automatik juga kekerapan keluar masuk tandas akan berlaku. Itulah aktiviti yang dilakukan sehingga waktu tamat bekerja tiba.


Jadi hari ni, saya nak lari sedikit daripada kebiasaan, duduk rumah pulak segalanya berlawanan dengan keadaan di ofis, tak menang tangan nak buat kerja. Namun begitu saya masih lagi tercongok depan TV layan HotFM AM Crew.


Baru aja selesai diperdengarkan Panggilan Hangit yang dikenakan kepada Prof Izi, sakit perut saya tergelak sorang-sorang mendengarkan Prof terkial-kial menyanyikan lagu-lagu Allahyarham Sudirman..
hmmmm terkena juga ye Prof...tak apalah, sekali sekala untuk menceriakan keadaan.


Plan asal nak ke bank tapi macam malas nak keluar, sarapan pun sekadar meneguk milo je tadi. Satu apa pun tak ada dalam peti ais. Nak pasar lagi le malasnya..


Tengoklah macam mana kejap lagi lepas siap kerja-kerja rutin di dalam rumah baru pikir untuk keluar.

1 comment:

  1. Bestnye kak aya.. boleh cuti.. sy suka cuti.. hehe..

    ReplyDelete