16 February 2011

Yang Terpuji- Telefilem TV3

Malam tadi TV3 ada siarkan telefilem bertajuk Yang Terpuji  sempena Maulidur Rasul. Telefilem yang memaparkan kisah 2 pelajar yang nakal tetapi sangat bijak. Ada saja idea untuk mengenakan kawan-kawan termasuk ustaz .


Saya menonton bersama dengan Nadhirah, bagus juga telefilem ni kerana ada ditekankan tentang panggilan nama mengikut nama penuh yang diberikan kepada anak . Maksudnya kita perlu memanggil nama penuh anak kita bukan nama singkatan kerana ianya boleh mengubah maksud nama tersebut.


Nadhirah mengomel sendirian, kalau macam tu dhirah ni mesti dipanggil Nadhirah Yasmeen la ..


Tapi kalau Nadhirah atau Yasmeen pun boleh sebab kedua-duanya mempunyai maksud yang baik. Cuma kami perlu memanggil beliau dengan nama Nadhirah bukan Dhirah seperti kebiasaanya.


Banyak pengajaran yang boleh didapai daripada telefilem ini, sesuai untuk tontonan sekeluarga, anak-anak mendapat manfaat menonotonnya.


Ada juga ditekankan tentang perlunya kita memakan makanan yang bersih, yang halal, perlunya maaf bermaafan sesama kita, kebaikan membaca Al-Fatihah, tidak elok berniat jahat pada orang lain.


Pengajaran untuk ibubapa adalah anak-anak tidak boleh diajar menggunakan kekerasan, ibubapa juga perlu bersikap terbuka untuk menerima pandangan orang lain termasuk anak sendiri.


Semoga lebih banyak cerita-cerita demikian ditayangkan di TV agar lebih banyak perkara bermanfaat yang dapat dipelajari seisi keluarga.

No comments:

Post a Comment