13 March 2011

Fasha Sandha dalam Berkalung Noda

Baru je abis tengok cerekarama di TV3, best la cerita malam ni, saya rasa Fasha Sandha berjaya membawa watak dia dengan baik.


Walaupun saya tak la minat dia sangat tapi setiap lakonan dia saya tonton sebab selalunya tak mengecewakan cuma peribadi dia je yang agak mengecewakan sikit.


Saya rasa Fasha Sandha ni seorang pelakon yang betul-betul komited dengan kerjaya beliau sebab tu la walaupun di kutuk macam mana pun, ada je muka di kat TV.


Mungkin kita boleh bagi pujian kat dia sebab tak pernah jemu dengan kerjaya dia,kita yang kerja ofis ni asyik-asyik malassssss je.Padahal tak lah seteruk kerja berlakon tu.


Ehh macam puji-puji Fasha pulak, tak adalah sebenarnya mana yang baik tu kita boleh ambik jadikan teladan jugak tak kira siapa pun dia, mana yang tak elok tu jadikanlah sempadan.


Apa-apa pun syabas untuk Fasha, sebab saya betul-betul suka dengan cerita tadi. Jangan buat skandal ,jauhi zina,hargai keluarga anda!

No comments:

Post a Comment