19 March 2011

Jom pekena rendang ayam kampung

Hmm baru siap masak, janji semalam nak masak rendang ayam kampung tapi disebabkan oleh beberapa perkara yang tidak dijangka, janji itu hanya dapat ditunaikan hari ni.


Pagi-pagi tadi dah mula masak sebab kejap lai suami nak pergi ofis , kena siapkan kerja, lepas tu ada pertandingan bola padang. Kalau dah siap masak sempatlah suami makan dulu sebelum keluar.


Ayam kampung ni dapat daripada mak mentua saya, dia memang ada bela banyak jugaklah ayam kampung, ayam api, ayam serama, itik sekati dan angsa.


Selalunya kalau balik Tampin memang kami akan makan yang terbaik dari ladang aja ....telur ayam kampung, sayuran yang ditanam kat belakang rumah, cili api ada,cili merah ada, limau purut,limau kasturi dan limau nipis pun ada.


Balik hari t, mak bekalkan 2 ekor ayam kampung yang dah siap dilayur atas api, terpulanglah balik KL nak masak apa, dah selalu sangat masak kari, kali ni pilih untuk masak rendang pulak.


Untung kan kalau semua ada belakang rumah je, tak payah keluar banyak duit untuk ke pasar tapi kata abah mentua saya, makanan ayam pun boleh tahan jugak mahalnya sekarang ni tapi disebabkan minat, itu semua pejam mata je laaa...

1 comment:

  1. pergh bestnye dapat mkn rendang ayam kg. mkn dgn nasik panas.

    ReplyDelete