19 March 2011

Nampak ganas..tapi takut lipas

Umar, anak lelaki saya tu memang la kalau nampak macam ganas je...dia memang tak takut sesiapa kecuali POLIS...itu memang dia takut sebab polis boleh tangkap orang dan sumbat ke dalam penjara. Ada logik la kan dia takut polis.


Kalau mama dia takut gila dengan anjing, Umar pulak langsung tak kisah, pernah dia nak menerkam ke arah anjing yang memang pun macam nak terkam dia juga..Mama yang penakut ni macam menggigil lutut, tak kan nak lari selamatkan diri tinggalkan anak,tak patut betul tu ..


Rupanya ada satu lagi yang boleh buat dia takut iaitu lipas! ha ha memang tak sangka betul dia takutkan lipas, 2 hari lepas dia ternampak lipas dalam bilik air, terus dia ban kan diri dia daripada memasuki bilik air..ada ke patut dia kejutkan saya untuk buang air tapi tak nak masuk tandas, nak buang kat longkang belakang rumah, dah le pukul 2 pagi...sabar je la..terkepit-kepit dia menahan diri dan sambil menangis takutkan lipas pulak tu.


Semalam abah dia temankan dia masuk bilik air, konon sama-sama nak pastikan yang tiada seekor lipas lagi dah kat dalam tu, nampaknya dia puas hati. Sekarang ni asal nak masuk bilik air je, dia akan tolak pintu bilik air slow-slow (macam polis nak tangkap penjahat dalam bilik he he), dia dah pasti tiada lipas baru masuk.


Umar...Umar....


Umar tengah tunjuk muka jahat dan sedang marah, katanya...

No comments:

Post a Comment