20 March 2011

Padan muka saya,kan?

Tadi bukan main seronok nak keluar buang angin, langsung terlupa kain baju yang cantik tersidai diampaian depan rumah jua belakang rumah.


Kami keluar ke Giant, suami nak ke kedai handphone. Biarkan anak-anak main kat tempat permainan tu kejap. Disebabkan terlalu ramai budak-budak yang main kat situ, anak-anak saya mengalah dan ajak keluar.


Umar yang berseluar paras lutut tu..


Suami a.k.a team leader cadangkan agar kami makan kat luar dan dia nak bawak kat tempat yang kami belum pernah makan sebelum ni, berbunga-bunga hati dengar nak makan tempat baru.


Rupanya dia bawak kami ke Restoran Ayam Penyet AP di Sri Gombak,memang kami tak pernah makan di daerah tu, kami ni paling jauh pun takat Bandar Baru Selayang je he he.


Ok, makanan kat situ best, lebih kepada masakan Minang, ada ambik banyak gambar tapi satu ni je yang berjaya upload.

Kami order:

Jus mango( saya), Jus lemon (Nadhirah), ABC ice cream( Umar), Jus Green Apple ( suami)
Nasi putih 4, Ayam penyet 2 set, Udang Penyet 1 set, Sup Sayur Masam 1.



Makan sampai licin, elok je nak balik, tanpa signal hujan turun selebat-lebatnya.


Apa nak dikatakan lagi, memang dah salah sendiri, sah-sah kain tu basah kalau macam tu caranya hujan .


Syukurlah hujan di sekitar Selayang Mulia hanya renyai-renyai je, kain tak basah sangat, sekadar lembap sikit je.Bawak masuk dalam rumah, berkipas la sepanjang malam ni .


Cuma kasut Nadhirah la yang extra basah sikit sebab terletak di bawah tempat tadahan air hujan.

2 comments:

  1. hah buang angin? hehehe
    seronoknyerrrrr tgk kak aya makan besar arini.
    geramnye tgk jus manggo tu.
    apa2 pun selamat beristirehat ya.
    p.s kesian kain di jemuran hehe

    ReplyDelete