Ada tetamu ..

Suami terima call, sahabat nak datang rumah petang ni.


Orang yang tau sapa Puan Rohaya ni memang akan faham, kalau ada orang nak datang rumah, menggelabah tak ingat punya!.


Ni dah mula merangka-rangka nak sediakan apa petang nanti, walhalnya orang nak datang rumah kita untuk mengeratkan lagi silaturrahim, membaw pahala kepada tuan rumah, jadi tak ada sebab untuk tuan rumah nak menggelabah dan kelam kabut.


Kenapa la saya ni macam ni, kelam kabut tu mesti asal je ada kawan cakap nak datang, nak kata rumah ni teruk tak ada lah teruk sangat, bersepah sikit-sikit je.Rasa macam kurang keyakinan dari segi layanan, hidangan, ntah apa-apa la, padahal kalau kita ke rumah orang, tak ada terfikir langsung macam mana layanan tuan rumah, hidangan apa yang disediakan..


Agaknya ada tips tak nak mengurangkan rasa gelabah saya ni? 

5 comments :

ct N honey said... [Reply to Comments]

kalau saya cukup dgn kemaskan rmh seadanya,buat hidangan mana yg sempat,dan pastikan anak tak buat perangai...sbb tahu2 ajelah,bdk2 kalau ada tetamu dia tunjukkan lah perangai terpendamnya,dia tahu ibunya tak dpt marah masa tu....

Yan said... [Reply to Comments]

hee...lawak gak ye.. saya kalau ada tamu nak mai, kalau boleh dia bg tau awal. at least sempat kemas apa yg patut. then pk nak bg minum apa. Kalau ada benda boleh goreng, goreng je.. kalau tak bg je lah minum.. tak payah kalut2..takut nnt dpt kemalangan lak..yelah..gelabah...

YAYA AZURA said... [Reply to Comments]

hihi..kemas ape yang patut aje la kak..yaya pun macam tu juga..menggelabah mengemas..hidang biskut meri+air sirap pon sodap...hikhik!

Jendela Hati said... [Reply to Comments]

Tips nye:kena tetamu dtg ari2..hehe

Kak Aya said... [Reply to Comments]

t.kasih untuk tip-tip ye sahabat semua, saya sedang mempertingkatkan tahap keyakinan diri untuk menghadapi benda-benda kecik begini.

Post a Comment