22 April 2011

Open table lagi...sebelum maharaja lawak

Hmm baru je balik makan, ala macam biasalah tempat tumpuan kami berempat tak lain tak bukan, Kedai Kak Chik Tom Yam beberapa ela dari rumah.


Malam ni order nasi goreng ikan masin ( tuan blog), nasi putih dan udang sotong masak masam manis ( tuan rumah), nadhirah dan umar ( nasi goreng cina ).


Gambar yang elok cuma gambar Nadhirah je, yang lain macam bergoyang je, tak sesuai nak tayang.


Balik je , Umar terus pegang remote..begitu la selalunya ..dah jadi TV dia , macam dia yang bayar bil Astro tu tiap bulan. Puting mesti ada, kalau tak kat mulut, selit kat celah tangan atau pun letak kat tepi dia.


TV tak ada dalam gambar....
Kejap lagi abah dia tukarkan kepada Astro Warna, mesti dia terkulat-kulat..nak mengamuk tak berani, cuba mama dia yang tukarkan tau lah...


bak katanya " umar ni hebat tau! sekali jerit satu bumi boleh dengar!..

3 comments:

  1. Kat atas pun cam tu.. Dah menunggu.. i jarang tengok..

    ReplyDelete
  2. wah terer betul power umar nie ye

    ReplyDelete
  3. Yan - saya pun tak tengok, tertidur ..ni baru je terjaga pukul 1.30 pagi.


    Puan Zai - Umar tu mana tau mengaku kalah..semua dia nak menang.

    ReplyDelete