10 April 2011

Penantian satu penyiksaan

Sekarang ni menunggu untuk update blog memang cukup menyiksakan.


Selagi kedua anak tak tidur, makanya kami suami isteri pun turut lepak bersama anak-anak di depan TV ( ini ada bagusnya..)


Seperti siang tadi, kami semua pakat tidur hingga ke petang ..namun begitu suami bangun dulu untuk menggunakan internet, selepas tu baru dapat saya update blog.


Laju-laju update blog terus off, tak sempat blogwalking, takut anak-anak terjaga.


Malam ni pulak, mereka berdua ni tidur lambat sebab lama tidur pada petang tadi. Lepas balik dari pasar malam, tengok Cerekarama, bagus juga cerita untuk panduan budak berdua ni, ralit je mereka layan cerita ni.


Habis Cerekarama, jam dah pukul 12, masih lagi budak berdua tu bergurau senda, melukis gambar Ultraman,maklumlah tadikan beli patung Ultraman.


Bersambung dengan cerita Kum Kum, Nadhirah menunggu hingga ke tamat cerita tersebut pada 1.30 pagi.
Menunggu dia lena pun satu hal jugak, punyalah susah dia nak lena, pusing kiri pusing kanan,macam tau-tau je mama nak ke bilik sebelah untuk guna pc.


Akhirnya pukul 2 baru start on PC. ( pada yang tak tau kenapa, semua ni adalah untuk menghalang budak berdua tu guna pc untuk main games, semua tak boleh guna pc).

No comments:

Post a Comment