25 May 2011

Jika lidah jahat, semua amalan gugur!

Tadi saya membaca Majalah MIDI, seperti biasa majalah ini sentiasa menjadi tatapan saya kerana banyak info beguna samada dari sudut kesihatan, keluarga, agama dan kecantikan.

Salah satu yang menjadi tarikan saya adalah mengenai bahayanya lidah manusia, jika tidak dikawal oleh iman , lidah boleh menjerumuskan kita ke dalam neraka.
Penting bagi kita untuk menjaga lidah agar tidak jatuh kepada kebatilan, maka kita perlu mengetahui adan ketika bercakap , kebaikan seseorang itu apabila bercakap menunjukkan keilmuan dan keimanannya.

Disini saya catatkan ringkasan mengenai ETIKA BERCAKAP

1.Ikut contoh Rasulullah S.A.W ketika bercakap – Rasulullah akan menghadap wajah dan tubuhnya ke arah orang yang sedang bercakap. Mendengar dengan teliti dan tidak akan memotong percakapan orang itu.

2.Fikir sebelum mengeluarkan kata-kata kerana terlajak kata buruk padahnya. Jadi usah tergesa-gesa dalam berkata-kata, kelak boleh memudaratkan.

3.Pilih kata-kata yang akan diucapkan dengan pilihan kata-kata yang baik.

4.Berbicara dengan nada yang rendah terutamanya pada yang lebih tua dan lebih berilmu. Hindakran daripada bercakap dengan gaya seperti seorang yang serba tau. Jangan bercakap dengan nada mengejek, memandang rendah , menghasut atau pun menunjuk-nunjuk kelebihan sendiri.

5.Ringkaskan kata-kata namun tepat pada sasaran. Usah berjela-jela tapi tiada faedah pada sesiapa pun.

6.Jika bercakap di depan orang ramai , hadapkan pandangan kita kepada semua pendengar bukan kepada satu arah saja.


Sekdar perkongsian bersama , semoga memberi manfaat.

Lidah adalah kunci kepada kebaikan sekaligus penyebab kerosakan. Berhati-hati dengan lidah.

Sumber MAJALAH MIDI

No comments:

Post a Comment