15 May 2011

SHAHEIZY SAM = TUMULAK = KONGSI


Filem ni agak ganas dan tak sesuai sebenarnya untuk budak 2 orang kat atas tu. 


Banyak aksi pergaduhan yang boleh menjadi ikutan untuk Umar.


Lepas-lepas ni tak nak tengok lagi dah cerita-cerita ganas macam ni.


Nasib baik la Umar macam terlupa tentang cerita kat wayang tadi, lagi pun dia tak begitu menumpukan perhatian pada skrin tetapi lebih kepada makan keropok. nyap nyap tanpa henti hinggalah cerita tamat.


Apa pun Nadhirah cukup berpuas hati tengok filem ni, dia minat dengan Shaheizy tu dan asyik gelak aja dia tiap kali Shaheizy bercakap.


Lepas ni dia cakap macam nak tengok wayang lagi sebab ada iklan promosi filem baru Shaheizy yang akan menjengah ke pawagam tak lama lagi, rasanya mama dan abah tak nak layan lagi dah lepas ni. Tunggu je CD keluar nanti.

No comments:

Post a Comment