03 May 2011

Susahnya nak hilangkan batuk ni..

Rasanya macam dah berbulan saya alami batuk-batuk ni..mulanya batuk biasa ala manja-manja je, lepas tu melarat hingga ke batuk yang boleh sekali batuk je terus terkucil.


Dah bertukar-tukar klinik, bertukar-tukar ubat, bertukar petua tapi masih lagi batuk teruk.


Ketika di Tampin, mak mertua ada bagi minum air dari buah kembang semangkuk.


Buah tu kecik je menyerupai biji buah kana, rendam didalam segelas air, tunggu hingga buah tersebuh kembang.


Lepas tu boleh lah minum air tadi.


Lagi satu petua, ambik sikit kapur sirih, perahkan limau nipis di atas kapur sirih tersebut, kacau-kacau sikit, sapu pada leher.


Tadi masa nak balik ke Selayang , mak mertua bekalkan limau nipis dan kapur sirih dengan pesanan jangan lupa sapu bila sampai di rumah nanti .

No comments:

Post a Comment