03 June 2011

2 jam di JPN Maju Junction

Secara ringkasnya, saya ke JPN Maju Junction untuk memohon surat beranak baru ( kepunyaan saya) kerana salinan asal telah teruk renyuk.


Berdasarkan pengalaman suami ke sana untuk mengambil surat beranak mak mertua saya adalah seperti lancar je, jadi saya anggapkan segalanya adalah mudah.


Saya sampai di JPN Maju Junction lebih kurang 12.15 tengah hari. Saya bertanyakan kepada staff bertugas , apakah borang yang perlu diisi untuk mengambil surat beranak saya yang telah renyuk. Staff berkenaan memberikan borang dan saya mengisikan bersama adik saya yang turut mempunyai tujuan yang sama.


Selepas mengisi borang, ambil nombor giliran. Ketika itu nombor giliran yang sedang dilayan adalah 1055, nombor saya 1071, adik saya 1072.


Kaunter kat dalam tu ada 12 dan  kaunter yang dibuka untuk pelanggan adalah 2 saja. Bayangkan la...


Pukul 2 petang, giliran saya pun sampai , lega rasanya walaupun menunggu punyalah lama..bila di masukkan nombor kad pengenalan saya, hasil yang terpapar pada carian tersebut adalah TIADA REKOD DI DALAM SISTEM!


Bayangkan lah rasa di hati, menunggu hampir 2 jam dan dengan mengambil masa kurang 3 minit,urusan saya telah pun selesai dengan hampa.Nasib baik adik saya berjaya mendapatkan surat beranak beliau.


Saya tak salahkan JPN Maju Junction kerana maklumat saya tiada di dalam sistem mungkin JPN Terengganu tidak memasukkan data saya di dalam sistem mereka kerana saya dilahirkan  pada tahun 70 an dan pihak JPN sedang mengemaskin data kelahiran pada tahun 1980 ke atas.


Apa yang terlintas di dalam benak saya adalah:


1. Tidak boleh kah ditambahkan staff yang menjaga kaunter lebih ramai ketika waktu rehat  ( mungkin 5 orang) dan mereka boleh rehat secara bergilir seperti mana petugas kaunter pelanggan di tempat saya bekerja. Ramai yang bekerja memilih waktu rehat untuk menyelesaikan urusan mereka.


2. Saya rasa perlu ada satu komputer khas yang di sediakan untuk mereka yang mempunyai urusan seperti saya kerana masa yang diperuntukkan untuk memeriksa data hanya sekejap saja berbanding dengan menunggu bersama dengan mereka yang mendaftar kelahiran, kematian dan pendaftaran anak angkat.


3. Asingkan nombor giliran mengikut urusan.


Itu saja pandangan saya untuk pihak JPN mempertingkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan.





2 comments:

  1. kak,
    tak emel n3 ni to big bos JPN ke? KSN ke?
    baru plan nak buat ic sok, kat MJ tu. klu tak efisyen, harus ku ke PBD je..

    *kagum dgn niat murni anak akak. dah belajar JAWA sampai bab berape skrg?hehe! :-)

    ReplyDelete
  2. blog-tip-kurus = tak emel kepada sesiapa pun, cuma post kat sini je..nanti kalau free nak cari emel add big bos JPN..tgh bersiap nak balik kg ni.

    Anak akak ada la hafal beberapa takat ni..

    ReplyDelete