21 June 2011

5 Sebab tak bagus makan di meja kerja

Saya akui memang tiap hari saya makan waktu lunch di meja kerja. Turun tapau di Food Court, naik atas makan la kat meja tu sorang-sorang.( **kesian eh, tak ada kawan ke?)


Ni tengah belek-belek Majalah Mingguan Wanita lagi, biasalah mencari bahan untuk entry, harapkan nak fikir sendiri memang tepu, jadi kongsi jelah apa-apa info yang boleh dikongsi.


Keburukan makan dimeja makan:
1. Tidak bersih - mouse pc kita tu ada banyak bakteria! keyboard pun sama!habuk , debu pun banyak!


2. Kurang gerakan - banyakkan berjalan untuk ke kantin atau kafe ( **tapi saya dah berjalan untuk tapau, berjalan untuk ke meja kerja semula, kira bergerak la tu kan?)


3. Kurang bersosial - (**YES! sangat setuju untuk diri sendiri.) 


4. Makan lebih banyak - (** ambik sikit dah la masa beli tu.)


5. Otak tidak berehat - Apabila anda makan di tempat makan, otak anda akan berehat dan dapat menyegarkan minda daripada berterusan berfikir tentang kerja.


( **walaupun saya makan di meja kerja, minda dah stop fikir pasal kerja bila jam 12.30 tengahari kerana itu waktu makan he he...rajin tak saya ni?)



4 comments:

  1. klu bab mkn mana2 pun boleh.hehe..

    ReplyDelete
  2. puan kutu - sama dengan kak aya, mana2 pun boleh tp kalau di meja sendiri lagi tenang, takde sapa kacau.

    ReplyDelete
  3. puan zai - kak aya memang rajin hu hu

    ReplyDelete