Berat kaki nak ke pejabat

Selepas bercuti beberapa hari untuk balik kampung , hari ni perlu ke pejabat semula. Memang itu salah satu tanggungjawab yang perlu dijalankan sebaik mungkin. Memang itu punca rezeki anak beranak selama ni.


Sebelum bercuti dah mengadu malas, patutnya selepas balik bercuti, mood nak kerja datang menggila. Tapi nampaknya sama saja. Adakah ini bermakna saya sudah makin menuju ke garisan pencen? 


Agaknya sebab terlalu lama membuat sesuatu perkara yang sama je sejak berbelas tahun yang lalu, perasaan malas nak kerja datang menghantui dan mengacau hati dan perasaan saya.


Apa pun, malas macam mana pun, mesti pergi kerja juga..tak perlu ada orang seret untuk ke pejabat, sekejap lagi dengan sendirinya bersiap dan ke pejabat walaupun hati cukup malas dan berat .


Ini la salah satu sisi gelap saya ( **sisi gelap ke macam ni?) ..ada tak sesiapa boleh tolong saya bagi sedikit insipirasi untuk rajin pergi kerja? Kalau anak malas ke sekolah, kita tau nak nasihat macam mana tapi kalau kita yang malas?






7 comments :

Salina@IbuAqil said... [Reply to Comments]

Go kak aya.. Go!!! Rezeki utk anak2.. Tengok muka depa untuk jd pembakar semangat nak mulakan keje.. Ceritakan perihal depa supaya rasa lebih fresh pg ni.. Anak2 akak sihat?!! :D

Rozali said... [Reply to Comments]

Assalamualaikum Kak Aya

selamat bertugas kembali

Wassalam

puanbee said... [Reply to Comments]

mungkin kak aya dah jemu kerja .. biasa perempuan gitu lah kak.. tk tahu nak nasihat cam no sy tk kerja ..

Kak Aya said... [Reply to Comments]

salina@IbuAqil - memang betul...dengan memandang wajah anak-anak, semangat yang hilang ditemui kembali...t.kasih atas nasihat dan panduan!

Kak Aya said... [Reply to Comments]

Razali - nak tak nak, mesti ke pejabat sebab itu la punca rezeki, ikhlaskan hati demi keberkatan hidup.

Kak Aya said... [Reply to Comments]

puan bee- bila kak aya dapat peluang jadi surirumah macam Puan Bee?

Jendela Hati said... [Reply to Comments]

kakaya, time malas keje tu ingat kat encik bank pasti bersemangat hehehe

Post a Comment