09 June 2011

Hukum menyebut OOO! M.G - (Oh My God)

Tadi ada kawan forwardkan emel mengenai perkara ni, jadi tak salah kalau saya kongsikan di sini sebagai perkongsian bersama. Beliau memotong berita ini daripada sebuah akhbar harian. Oleh kerana file yang diforwardkan di dalam bentuk PDF , saya tak dapat nak upload di sini..jadi saya taip semula pertanyaan tersebut seperti di bawah.


Petikan soalan di ruangan kemusykilan agama daripada seorang pembaca untuk Datuk Dr Mashitah Ibrahim:


Apakah hukumnya menyebut Ooooh.. MG  atau ada yang menyebut sebagai OMG, kependekan daripada Oh My God! Saya dapati segelintir anak muda sering menggunakan perkataan ini. Apa hukumnya, Datuk?


Soalan daripada Yanti, Kuala Lumpur.


Jawapan daripada Datuk Dr Mashitah Ibrahim:


Seorang Muslim dituntut sentiasa mengingati Allah. Dalam sepotong ayat Allah S.W.T berfirman "Tidakkah dengan mengingati Tuhan , hati menjadi tenang". Justeru untuk hidup tenang, basahkanlah lidah dengan selalu menyebut kalimah Allah . Kalimah GOD sama sekali tidak boleh diterjemahkan sebagai ALLAH. Dari segi dikata jamakkan dan ada jantina seperti God dan Goddess. Berbeza dengan kalimah Allah, ia mengandungi makna tauhid di dalamnya.Tiada dua atau tiga, hanyalah Esa dan Satu. Jika kita orang Islam sebutlah Ya Allah kerana maknanya berbeza dengan Oh My God.


**nota: semoga jawapan ini menjadi panduan untuk kita bersama.

7 comments:

  1. info yg sgt berguna... ad lagu usher bertajuk OMG, ramai anak muda trmasuk saya sndri suka lagu ni... banyk kali juga OMG disebut dalam rancangan tv popular brkonsepkan jenaka..

    ReplyDelete
  2. Assalam kak..good Info..tq sharing yer:)

    ReplyDelete
  3. saiazuan - betul, kak aya sendiri pun kerap jadikan salah satu bahan jenaka dengan menyebut OMG sebelum ni.

    ReplyDelete
  4. Nieza - semoga kita sama2 mendapat manfaat

    ReplyDelete
  5. selalunya saya sebut Oh My Allah
    boleh kan ?

    ReplyDelete
  6. terima kasih sekarang saya dah fhm,thanks.

    ReplyDelete