21 June 2011

Jauhi 5 perkara yang merosakkan peribadi muslimah

Ketika membelek Majalah Mingguan Wanita keluaran tahun-tahun lepas malam tadi, saya tertarik dengan satu rencana seperti di atas.

  1. Jangan resah dan gelisah
Jadilah seorang yang bersyukur di atas segala limpahan rezeki dan hikmah dari Allah.Cuba kenangkan nasib muslimah di tempat lain yang lebih susah hidupnya berbanding dengan diri kita yang cukup makan pakai.
    
  1. Jangan sedih dan merasa derita
Hapuskan kedua-dua perasaan itu dengan istighfar. Kita masih ada tempat untuk bergantung, mengadu dan memohon pertolongan yang abadi.
Lihatlah kepada yang di bawah sana, anda pasti akan bersyukur. Jangan hanya mendongak ke atas, nanti kita akan jadi leka berkhayal dan menangisi nasib sendiri.

  1. Jangan kedekut dan pengecut
Rezeki yang Allah kurniakan bukan hak milik peribadi. Padanya ada hak orang miskin dan anak yati. Jasa orang tua wajib dibalas dengan menolong bukan hanya dari segi kewangan, malah perhatian dan kasih sayang.
   
           Sifat pengecut adalah sifat tidak mahu bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan.


  1. Jangan banyak berhutang
Nafsu apabila makin dituruti segala kemahuannya, selagi itu tidak akan merasa puas. Selagi mulut manusia belum makan sekepal tanah (mati) ianya tidak berhenti memuaskan nafsunya.


  1. Jangan lemah dan malas.
Duduk di depan TV atau mendengar radio , muzik dan segala jenis hiburan berjam-jam boleh melalaikan.
Terlalu banyak makan akan melemahkan badan.
Terlalu banyak mengumpat akan merosakkan hati dan pemikiran.



Baginda S.A.W ada mengajarkan doa yang menghindarkan diri kita dari ke lima-lima penyakit yang akan merosakkan peribadi itu.

Maksud doa tersebut “ Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari resah gelisah, dari sedih dan derita, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat kedekut dan pengecut dan dari lilitan hutang dan tekanan orang”


Semoga bermanfaat.

SUMBER DARI MAJALAH WANITA

3 comments:

  1. Assalamualaikum...
    terima kasih kak kerana bertandang kat my homework. Setuju sangat dengan 5 perkara di atas. Kalau boleh dfahami dan diikuti pasti hidup akan aman damai.

    ReplyDelete
  2. menarik. kalu perkara tu dlm idup tentu aman dan bahagia...

    ReplyDelete
  3. kak sam& puan zai - nak amalkan bukan satu perkara yang mudah, tapi kalau ada niat dan berusaha untuk mengamalkan pastinya ada yang melekat, tak dpt 5, dapat 3 atau 4 pun dulu dah cukup baik, kan?

    ReplyDelete