NORA ELENA : Seth Tan Hero Idaman

Sejujurnya saya tak pernah melihat drama ni namun saya tau sekarang drama ini cukup popular.


Saya hanya membaca novel suatu ketika dulu.


Nadhirah dan Umar ada menonton drama ni ketika cuti sekolah minggu lepas sebab time cuti, makcik yang akan jemput mereka dan bawa balik ke rumah makcik, time tu la mereka layan drama ni.


Suatu pagi pada minggu lepas ketika saya bersiap untuk ke pejabat, Nadhirah tiba-tiba buka cerita pasal drama ni.


Nadhirah: Mama ada tengok tak cerita Nora Elena?


Mama : Tak pernah, best ke cerita tu?


Nadhirah: Hmmm best..mama tau tak Seth Tan tu baik sangat-sangat, dia rajin tolong isteri dia..walaupun ada pembantu rumah, dia nak juga mop lantai sendiri, memang rajin gila la...


Mama :  Hmmm untunglah Nora Elena dapat kawin dengan Seth Tan tu ye...kalau macam tu baik tak payah pakai orang gaji .


Nadhirah : a'ah la kan? baik bagi kita je pembantu rumah tu.


He he sebab kat rumah ni walaupun ketuanya taklah malas sangat tapi tak adalah sebaik macam Seth Tan tu..maklumlah hero dalam novel memang over sikit , dah la hensem , baik pulak tu...ada di alam realiti tapi tak ramai ....


4 comments :

Abah Yie&Ummi Na said... [Reply to Comments]

saya pun tak pernah tengok drama tu kak....tapi mmg ramai tg cakap cerita tu best

Kak Aya said... [Reply to Comments]

itu lah tp bila kita dah baca novel kisah tersebut, keinginan untuk menonton drama tersebut jadi kurang.

saiazuan said... [Reply to Comments]

best layan ctr nora elena ni... ;D

Jendela Hati said... [Reply to Comments]

kakaya sy pun tak tgk dr mula, tgk masa 4 episod terakhir hehe tp ending novel tak sama cam ending kat tv...(bc nvl page terakhir tu kat blog Puanbee aritu)

p.s- emang ne ada hero melayu camtu dah... ada pun kot sorang dua huhu...hero novel emang terover sikit buat org puja dan puji kekeke...

Post a Comment