Rahsia Rempah Ratus Dalam Diet

JINTAN PUTIH
Mempunyai khasiat dalam pelangsingan. Mengunyah jintan putih dapat membantu meredakan rasa lapar dan mengurangkan keinginan untuk menikmati makanan manis.


JINTAN MANIS
Membantu melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran luar haid, menggalakkan penghasilan susu badan dan membuang gas dalam usus dengan CARA mengamalkan minum setengah cawan air rebusannya setiap pagi.


Selain itu, ia jugak membantu membuang lemak di pangkal peha dengan cara rebus jintan manis dengan 5 cawan air sehingga mendidih. Amalkan minum pagi dan petang selama 4 minggu, baru dapat kesan. 


BIJI KETUMBAR
Kaya dengan kandungan serat, magnesium, flavanoid dan zat besi. Dapat mempertingkatkan fungsi penghadaman, membantu melancarkan pernafasan serta kesegarannya dapat meningkatkan daya fokus.


LADA HITAM
Beraroma dan memanaskan tubuh serta melancarkan sistem penghadaman. Berfungsi agen anti bakteria bermanfaat dalam membantu mengurangkan gejala selsema dan batuk. Campurkan serbuknya ke dalam sup atau bersama bubur nasi. Kulit luar biji lada hitam mengandungi zat yang membantu pelangsingan


BUAH PELAGA
Berkesan dalam membantu mengatasi masalah perut tidak selesa ( masalah kembung). Membantu proses detoks dan membantu mempertingkatkan aliran darah.


BIJI SAWI
Kaya dengan omega 3, kalsium, fosforus, protein, selenium dan niasin. Selenium adalah di atanra nutrisi yang dapat membantu mengurangkan risiko serangan asma, arthritis dan tekanan darah rendah. Mampu meredakan masalah penghadaman dan mempertingkatan tahap metabolisme. 
CARANYA taburkan saja di dalam hidangan.




NOTA: kalau tak tau yang mana satu rupa setiap rempah ratus ni, boleh tanya kat makcik2 kat pasar, mesti dia orang tau.


SUMBER RUJUKAN MAJALAH RAPI





1 ulasan:

  1. ohh..i pun suka baca mag rapi..byk info ;)

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...