14 June 2011

Tidak bersyukurkah saya?

Sampai ofis macam biasa,buka pintu bilik bos dan on pc sendiri, sok sek sok sek dengan kawan kat depan sebelum start buat kerja lain.

Lepas tu dah mula mai mood malas nak buat kerja.

Sebenarnya bukan malas tapi mungkin kurang motivasi kot.

15 tahun membuat kerja yang sama, tiada kenaikan pangkat, tiada bonus pencapaian.

Kenaikan gaji 5% setahun – Alhamdulillah.( tak pasti masih kekal selepas ni)

Bonus tahunan 2 bulan – Alhamdulillah. ( tak pasti masih adakah bonus pada tahun ini)

Mungkinkah saya kurang bersyukur menjadikan saya lemah longlai setiap hari untuk melangkah ke pejabat?

Ditambah lagi sekarang ni, kakitangan di jabatan makin bertambah, kerja makin kurang.

Adakah itu bermaksud, saya patut fikir tentang berhenti kerja?

Hmm berhenti kosong je memang tak boleh la , nanti hubungan mesra dengan bank akan bertukar rupa, takut la nak ambik risiko.

Tak ada VSS kah untuk saya yang sungguh-sungguh kurang sifat rajin ni? 

Syarikat tempat saya bekerja sekarang di dalam proses pertukaran  - JENAMA DAN PENGURUSAN.

Begini lah sikap manusia, ada kerja nak berhenti, yang tak ada kerja tu kesana sini mencari kerja.

5 comments:

  1. chaiyok2 akak! berusaha! jgn malas2...hehehe...

    ReplyDelete
  2. kkdg kalo dah lama bekerja kat satu tempat...
    memang timbul perasaan bosan kan sis...
    mulalah mcm2 bermain dikotak fikiran nie...

    ReplyDelete
  3. Sunah - dah tua agaknya kak aya ni, itu yang slow dan malees je.he he

    ReplyDelete
  4. rasp - betul tu...dah lama sgt pd tpt yang sama, jawatan yg sama.

    ReplyDelete
  5. kdg2 sesuatu kerja yg dah lama kita buat tu akan timbul jua masalah bosan nie... sama juga dgn sy... mmg betul bila terkenang hubungan akrab dgn bank..kena terus kerja la nampaknya huhu

    ReplyDelete