10 June 2011

Undur Masa- Cerita Balik Kampung

Begitu lama saya tak balik kampung, terasa seperti berkurun tak jumpa mak. Walaupun kerap menelefon, ianya tentulah tak sama dengan bertemu muka. Status sebagai isteri,status sebagai pekerja, status sebagai ibu kepada anak yang telah pun melangkah kaki ke alam persekolahan memendekkan langkah saya untuk kerap pulang ke kampung dan harapnya mak memahami situasi saya. ** alasan klise.


Maka dipendekkan cerita , berkemas apa yang patut dan pada pukul 2.30 pagi, kami bertolak balik ke Terengganu.


Sebahagian barang-barang yang bersedia untuk disumbat ke dalam bonet.
Selepas berhenti rehat dan lelapkan mata sepicing dua di Stesyen Minyak Shell Kerteh, kami akhirnya sampai di kampung tercinta, Kampung Darat Batu Rakit lebih kurang pukul 9 pagi.


Syukur perjalanan dipermudahkan Allah dan selamat semuanya.


Emak tersenyum di depan tangga menyambut kepulangan anak menantu dan cucu serta adik bongsu
Ok, nanti sambung lagi kisah balik kampung.

4 comments:

  1. org ganu rupanya..sy ponngaja kt ganu..

    ReplyDelete
  2. seronok tengok wajah mak di tangga tunggu anak menantu dan cucu-cucu sampai di kg... tq kakaya post pic nie.

    ReplyDelete
  3. Hamizah - mengajar di sekolah mana?

    ReplyDelete
  4. puan zai - mcm tu la seorang ibu, menunggu je anak pulang, anak pulak ada je alasan tak dpt pulang

    ReplyDelete