Aku Seorang Blogger

Entry ini adalah khas untuk satu CONTEST SEO dan saya berminat untuk mencuba bagi mencungkil bakat di dalam bidang penulisan yang mana sebelum ni asyik dipendamkan aja.


Tajuk yang saya pilih adalah "Aku Seorang Blogger", kenapa pilih tajuk tu? Sebab lagi 2 tajuk tu memang tak layak untuk saya sebagai seorang blogger baru.


Ni la wajah blog saya..

Saya bermula menjadi seorang blogger pada awal Jun 2010, pada tarikh 11/6/2010 saya telah menyiarkan catatan pertama saya. Nak baca catatan pertama saya? KLIK SINI.

Saya menggunakan tajuk blog sebagai JENDELA HIDUP kerana suka dengan perkataan itu, ianya seperti mempunyai 1001 cerita suka duka di dalam nya....selak tabir jendela terbukalah segala isi cerita.

Tujuan asal saya berblog adalah untuk menulis tentang diri saya dan rutin kehidupan saya sekeluarga, seterusnya cuba berkongsi apa-apa petua atau pun tips yang boleh dijadikan panduan bersama, kemudian blog ini juga menjadi satu alternatif untuk mendapatkan pendapatan sampingan.

Apa yang bestnya menjadi seorang blogger ( jangan bayangkan blogger popular ye!)?
Hmm saya tanya, saya jawab sendiri bagi pihak saya ye? Bila jadi blogger dah tentu ada blog sendiri, bila ada blog sendiri boleh tulis apa saja yang terlintas dihati untuk menulis TETAPI harus akur dengan sensitiviti masyarakat dan norma kehidupan kita semua. Sendiri fikirlah kan, apa yang perlu ditulis, apa yang tak sepatutnya ditulis.

Lagi bestnya jadi blogger ni bila kita dapat menambahkan lagi jaringan persahabatan, follower bertambah setiap hari, komen-komen yang diterima pada setiap entry itu adalah sangat tinggi nilai harganya. Hanya dengan 1 komen yang ditinggalkan dapat menjalinkan seribu tali persahabatan.

Saya mengetahui jiran belakang rumah sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PHD di London pun melalui blog, tau! Oleh kerana kami sama-sama baru pindah ke sini dan tak berapa lama beliau sekeluarga tiba-tiba je tak ada, saya tak tau kemana mereka pergi, dah 3 tahun lebih mereka di sana rupanya, tahun lepas selepas blogwalking ke sana sini, saya dan jiran tu berjumpa di alam maya. Boleh KLIK SINI untuk baca blog beliau di sana. Ini pun kelebihan berblog juga ni.

Sebahagian follower blog saya

Bercerita mengenai persahabatan di alam maya ni, bukan saja pada ruangan FOLLOWER, KOMEN malahan pada shoutbox tu pun boleh mencipta jalinan persahabatan.

Kotak jerit saya


Jumlah pengunjung ke sini tidak lah ramai mana , cukuplah untuk menggembirakan hati saya yang baru mula berjinak-jinak dengan blog.






Satu lagi yang best tentang blog ini adalah kita juga boleh menjana pendapatan, ini semua blogger dah tau. Saya belum boleh berbangga dengan pendapatan saya. Apa yang boleh saya katakan adalah saya sudah mula nampak sedikit hasil jika hasil itu diterjemahkan di dalam bentuk pendapatan. Terima kasih untuk NUFFNANG.




Agaknya ada tak yang nak tau bilakah waktu saya bersama blog?
Hmm saya tidak mempunyai waktu yang betul-betul spesifik untuk online, selalunya bila berkesempatan ketika anak-anak ralit menonton TV dan awal-awal pagi ketika semua isi rumah sedang lena menganyam mimpi. Maklumlah saya bekerja sepenuh masa di sebuah syarikat dan hanya mempunyai masa lapang apabila anak-anak dan suami telah tidur.


Sedikit sebanyak aktiviti berblog ni mengubah rutin saya, pantang ada masa terluang memang laju untuk on PC , jengah blog. Kalau dulu hobi saya dikala lapang membaca novel dan majalah wanita dan kesihatan, kini terpaksa membahagikan masa antara 3 perkara ini, nampaknya blog lebih diberi keutamaan oleh saya.


Kekerapan mengemaskini catatan adalah antara 1 hingga 5 catatan sehari, blogwalking pula antara 10-30 blog sehari mengikut kemampuan mata untuk celik dan mengikut waktu yang terluang.


Harapan saya pada blog Jendela Hidup ini agak besar, ingin melihat blog ini dikunjungi oleh ramai lagi pengunjung, semoga pengisian blog ini memberi sedikit manfaat kepada pembaca blog .


Inilah hasil tulisan saya untuk 'Contest SEO' ini. Berminat nak join? KLIK DI SINI . Bukan kemenangan yang dipentingkan sekurangnya dapat mengeluarkan bakat penulisan, mengembangkan buah fikiran yang ada dan dapat up traffic juga .


Contest SEO ini telah dianjurkan oleh Blog 2DayBlogger.Com dengan kerjasama blog Upprofits, Lepak dan Broframestone. Manakalah hadiah telah disponsor oleh 2DayBloggerr, Upprofits  Broframestone, MJ, MySuperKids, Muje, Puan Bee, Ellen dan DenaiHati.


7 comments :

ct N honey berkata... [Reply to Comments]

rajin betul join segmen ye...ct ni kalau ada masa nak gak join..tgklah nanti

rasp berkata... [Reply to Comments]

gud luck sis....
wahhhh kagum ramai tul pengujung u :)

Kak Aya berkata... [Reply to Comments]

ct - ala baru je cuba-cuba rajinkan diri join contest..ni kali ke 2.

Kak Aya berkata... [Reply to Comments]

rasp - belum capai 100UV pun lagi setakat ni....purata 50UV je sehari..

Puan Kutu berkata... [Reply to Comments]

gudluck k.aya..terus maju dlmdunia blog..:)

Kak Aya berkata... [Reply to Comments]

Puan Kutu - t.kasih..sama-sama kita memeriahkan dunia blog

Faisal Abdullah berkata... [Reply to Comments]

Terima kasih kerana sudi join..cuma ada sedkit yg perlu diubah... link dibahagian sponsor tidak ada...sila letakkan link dibahagian sponsor tu k =)

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...