21 July 2011

Jenama: Antara TUlen dan TIruan

Entry ni ditulis tatkala melihat madam kat ofis ni melenggang dengan handbag LV beliau..hmm pastinya tulen..

Hati dah lama berkenan tengok handbag dia, kalau nak beli yang tulen, memang lah sampai bila-bila pun tak kan mampu…hati ni pun satu jugak, asal madam kelek je handbag baru mula la rasa berkenan…tiap pagi tunggu je dia masuk ofis, nak tengok handbag, pastinya bergilir-gilir jenama setiap hari.

Kalau nak beli yang tiruan di tempat yang banyak sediakan barangan tiruan tu memanglah boleh tapi buat masa ni belum terasa nak berbuat demikian..

Nanti tak pasal-pasal terpakai jenis yang sama dengan madam pada waktu yang sama di tempat yang sama…hmmmmmm.

Saya memang membeli barangan yang biasa-biasa je dan bukan berjenama terkenal seperti madam saya tu. Kalau ada pre sale di Sogo, ada yang sesuai dengan budget, belilah satu dan pakailah sampai lunyai.

Ada orang suka memborong barangan tiruan di tempat yang biasa menjual barangan sebegitu, saya hormati prinsip mereka Cuma buat masa ni saya tak ke sana mungkin belum ada keperluan. Ada yang berkata sekiranya pandai memilih, boleh dapat beg yang hampir sama kualiti dengan yang tulen..mungkin betul jugak Cuma saya memang tak pandai memilih.

 Ada yang mampu sanggup berhabisan untuk dapatkan yang tulen, buat masa saya masih lagi dibawah kategori yang jauh daripada kemampuan untuk memiliki barangan berjenama sebegitu.

Bukan takat handbag, kasut dan pakaian pun semua asal selesa di pakai je…jangan yang jenis panas berkuap dah le..memang tak tahan la kalau macam tu.

Eh sekarang ni bukan aja barangan seperti kasut, pakaian dan handbag je yang ada tiruan malahan kicap, telur, daging pun dah ada yang tiruan…Aiyya susah kan , kita pun dah keliru mana satu tulen,mana satu tiruan…orang tiruan pun ada jugak ke? He he.

Sahabat semua pula macam mana? Adakah jenis sanggup berhabis untuk dapat yang berbaloi-baloi atau asal selesa dan sedap di mata dan di hati je?

3 comments:

  1. sanggup!!..rela beli yg mampu dr beli yg tiruan..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Kak Aya

    berjenama rasa agak selesa dan puas

    Wassalam

    ReplyDelete
  3. kalau saya ni pula, nak beli apa2 kenalah "ukur baju di badan sendiri". nak kena fikir 2-3 kali sampai masak sebelum beli brg2 berjenama ni hehe. Leih selesa dengan beli apa yg berkenan di hati walaupun murah.

    ReplyDelete