16 July 2011

Kenapa barang makin mahal?

Baru balik dari pasar ni...bawak rm100 hari ni kerana dah 3 minggu kot tak ke pasar.

Sebu perut tengok harga barangan di pasar hari ni! Macam kurang 10 perkara beli dan duit habis !

Ikan Selayang @Sardin yang biasa-biasa tu harga RM12 sekilo...mak aii......minggu lepas masa beli di Terengganu tak ada la cecah sampai RM12 sekilo.

Dah le Astro ketuk kepala dengan kenaikan harga langganan...rasanya dah tak ada apa yang murah lagi dah sekarang ni, sebelum ni harga roti bakar di foodcourt ofis saya tu hanya RM1, tapi dah naik jadi RM1.20....nampaknya bakar jelah roti kat rumah sebelum ke pejabat.

Kejap lagi nak ke Klinik Ansar, untuk follow up batuk Nadhirah, kalau perlu , kena jalani Xray dada...hmmm kena spare duit lagi ni...bukan mengeluh tapi ini semua perkara yang sentiasa perlu dilalui oleh setiap orang. Keluar dari rumah sikit sediakan duit, duduk dalam rumah pun duit sentiasa berjalan...duit bil letrik, bil air, bil internet...pendek kata dimana saja berada semuanya di kenakan bayaran.

7 comments:

  1. betul la kak....kalau soping brg dapur, Rm50 dapat berapa brg je...huhu...semmpuuuttt.....

    ReplyDelete
  2. semua guna duit
    kalau keluar je..selangkah kena bayar tol,
    masuk tilet bayar..bayar parking dan mcm2 lagi :)

    ReplyDelete
  3. mmg harga barang makin naik skrg ni...huhu. Nak wat camana kita?

    ReplyDelete
  4. setuju..skang nk beli apa2 berfikir byk kali.macam air keluarnya..nk dpt bkn main ssh..

    ReplyDelete
  5. dan media masih ckp kos sara hidup kat msia antara yg terrendah.. uwaaaaa... tak tahan dah nih..bawak RM50 pun dpt 2-3 barang jek..huhu

    ReplyDelete
  6. aanie - rm50 tu takat isi minyak, bayar tol dan parking, eh dah abis?

    kak kasih - tersangatlah betul...ni dah dekat nak puasa, mesti barang naik harga lagi

    princess solehah - itulah, apakah kuasa kita untuk menghalang kenaikan semua ni?

    puan kutu - tunggu dapat gaji macam tunggu buah tak gugur, sekali gugur, habis terus ngappp

    maya - media suka gula-gulakan para pembaca....kita juga yang rabak poket tiap hari.

    ReplyDelete
  7. memang kak aya , kalau bawak rm5o tu mcm beli jajan tuk anak2 je hehe

    ReplyDelete